TIP EMAS: Apakah itu karat?

Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 22 karat ialah 22/24 daripada 100% emas atau 91.6% emas. Bahagian 8.4% lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 916 (iaitu 91.6% atau emas 22 karat). Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja dengan huruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga, terutamanya permata.

Jadual ini menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.

Speak Your Mind

*