Archives for September 5, 2021

EMAS, BAGAIMANA KITA NAK BERMULA DENGANNYA

1》ILMU
Persiapkan minda & ilmu pengetahuan kita terlebih dahulu. Kita perlu tahu tips/kaedah/cara/langkah membeli emas, jenis-jenis emas, emas yg mn sesuai dijadikan sbg pelaburan & simpanan, bermuamalat yang patuh syariah, serta byk lagi berkaitan dgn emas (ilmu ar rahnu, cara manipulasi emas, jualbeli surat pajak,emas lelong dll). Dengan ilmu kita tahu apa itu dimaksudkan pelaburan emas sebenar bukan skim pelaburan bertopengkan Emas. Semakin luas pengetahuan kita, semakin mahir kita tentang emas.

2》BELI
Tidak perlu dgn modal yg besar utk beli emas. Cubalah beli dgn gram yg kecil, sekecil 1gram atau suku dinar emas atau pun 1 dinar pun ok. Dpt sahaja pendapatan, asingkan siap-siap utk beli emas.

3》SIMPAN
Simpanlah dahulu sebelum berbelanja. Itu sebenarnya asas pengurusan kewangan yg betul. Kali ini kita bukan menyimpan RM, tetapi menyimpan emas. Bahagikan kpd 3 bahagian simpanan.

4》KONGSI
Tahukah anda asas perkongsian bahawa The More You Give, The More You Get.

Jom tukar ↔ money ? gold

Pelaburan Emas

Yang disebut Emas untuk pelaburan adalah

Bila kita ada duit
Kita beli emas
Kita simpan emas tu
Dan sampai satu masa
Kita jual semula

Contoh :

1) Sarah beli emas tahun 2015
Harga beli 1 gram : Rm170
2) Sarah Jual balik emas tahun 2020
Harga beli balik 1 gram : Rm223.50
3) Beza harga emas sarah :
Harga beli balik – harga beli = untung jual 1 gram emas
Rm223.50 – rm170 = Rm53.50
4) Kalau sarah ada 100 gram, maka untung sarah jual balik = Rm5350
(Itu baru jarak masa 5 tahun. Naik 5 ribu untuk 100 gram. Kalau 10 tahun? 15 tahun? Agak-agak berapa emas Sarah ya?)
.
.
Sifat emas 1 adalah kalis inflasi. Maka walau bertambah tahun, nilai duit makin rendah. Namun, nilai emas semakin bertambah.

Sifat emas 2 adalah simpanan jangka panjang. Atau orang ada sebut juga sebagai pelaburan jangka panjang.
Sebab dalam jangka masa panjang, harga emas tetap akan naik.

Seperti Sarah di atas. Selepas 5 tahun. Dia jual balik. Maka dari situ dia dapat untung. Maka itulah kita sebut sebagai pelaburan jangka panjang. Kalau harini beli, esok jual? Memang takdak la untung nyeeee.

Sebab tu disarankan simpan emas. Bukan simpan duit. Kalau simpan duit rm5000 tahun 2015. Maka tahun 2020 pun masih tetap rm5000. Tak bertambah. Jadi, simpanlah emas sebagai pelaburan jangka panjang. Teruskan menyimpan.

Kalau boleh, buanglah niat beli emas sebab nanti nak jual. Sebab emas ni berharga. Teruskan simpan. Kalau sampai satu masa rasa terdesak sangat perlu duit, barulah jual emas masa tu.

Boleh ya?? Sayang emas tu kalau jual. Tetapkan simpan. Lagipun simpan emas ni ubat penyakit boros.

⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️
Ini konsep pelaburan emas yang betul
.
.
.
‼️ Konsep salah adalah : kita sertai mana mana skim yang disebut skim pelaburan emas.
Tetapi keadaan sebenar berlaku seperti begini⬇️

Kita bayar duit seperti nilai emas semasa pada masa tu. Namun emas tu kononnya dipegang syarikat. Tak boleh ambil.

Selepas tu, setiap bulan kita dapat pendapatan contohnya Rm17 setiap bulan (kalau kita bayar emas tadi untuk 1 gram). Dikata pelaburan emas. Sebab bila bayar (kononnya beli emas la), akan dapat duit masuk akaun setiap bulan.

Emas tu pula, mesti Kena sampai tempoh matang dulu baru boleh ambil. Tapi kalau ambil bila dah matang, pelaburan tu dikira tamat.. Emas tak wujud. Rupa-rupanya : Itu namanya skim emas sontot. Skim Pelaburan Emas Tipu.

??????

Setiap beberapa tahun sekali mesti ada orang akan buat macam ni. Tolong tolong tolong jangan percaya. Rugi duit. Apa kejar pun tak dapat. Tak pasal pasal, kerana nak cepat kaya tanah boleh tergadai, hutang loan dengan bank berpuluh ribu bayar saja.
.
.
Pengajaran disini
Beli emas dari kedai emas atau syarikat emas yang jual emas fizikal.

Apa tu emas fizikal?
Maksudnya. Bila beli emas. Emas tu wujud. Boleh simpan sendiri. Boleh sentuh. Ada depan mata.
Inilah pelaburan emas yang betul.

Contohnya macam Oro Design. Dah beli, kilang terus urus order untuk pos. Emas sampai kat customer. Boleh pegang sendiri.

dealerOroDesign

KENAPA PERLU BELI EMAS DIRECT KILANG?

Harga emas mana2 tempat x murah sebab emas ni ada nilai yg tersendiri…

Harga di kilang juga bukan murah tapi lebih rendah dari pasaran untuk SETIAP HARI…

Malah upah (U) kami TERENDAH dan TERMURAH… Hal ini menambahkan sebab kenapa anda perlu membeli dgn harga kilang.? dan upah x pernah berubah…

Di kedai emas. ..
Kita nmpk harga mungkin rendah drpd kilang bagi… TETAPI, Hati2 kerana mereka akan markup upah 3-5kali ganda… Malah ada yg caj upah melalui gram yg kita beli…. Nmpk macam murah… Tapi sebenarnya kita terpedaya dgn sistem formula kedai tersebut…

mungkin kedai yang kawan pergi tu..ada ketika atau ketika promosi sahaja akan murah tapi..untuk kilang..setiap hari harga lebih rendah dari pasaran..

Jadi apa perlu kita tgk sebenarnya?

  1. Kiraan harga emas mudah Gram X harga pasaran + upah =harga belian

Jadi kita kena tgk HARGA BELIAN… bandingkan mana yg lebih untung… HARGA KILANG @. HARGA KEDAI… kalau dpt di kedai harga murah tgk pula kualiti emas…
Kenapa?

  1. Tengok juga pada kualiti emas..kalau di kilang emas tentulah emas yg baru dikeluarkan… Di kedai mereka mjual emas lama dan baharu sama ja nilai seperti emas baharu….
  2. Seperti ramai bagitau..upah kene ambil kira…. Di kilang kami upah mmg awesome la… Termurah di pasaran… Masuk web..View.orodesign.biz Boleh tgk U itu adalah upah
  3. Ingat…beli di kedai kita hanya dapat payung atau beg duit kecil..tapi beli dgn harga kilang.?… Kwn2 boleh guna lebihan duit tu beli payung emas. (?eh melawak) … Boleh beli barang lain… @ myimpan… 3-5kali ganda
    beza harga kilang dan kedai…

ANDA TENTU BIJAK UTK MEMILIH DAN MENILAI…. TERUSKAN MENCARI ILMU

????????
? SAYA MEMBERI RUANG, ?YG BIJAK MENGAMBIL PELUANG ????????

Sila ambil cakna♥️♥️

APA ITU UPAH EMAS?
Bila pelanggan tanya kenapa ada upah.

Ini dia jawapan dia :-

Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker? ”

✅Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.

♨️♨️Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

✅KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

??Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit reka bentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 – RM300 atau lebih (semakin latest design makin mahal upahnya). Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1728/

ILMU PAJAK GADAI EMAS

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.

  1. Harga emas.
  2. Kadar pinjaman.
  3. Kadar upah simpan.
  4. Tempoh pinjaman.

KETERANGAN.

  1. Harga emas.

Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.

Jenis mutu emas.

• 999
• 950
• 916
• 875
• 835
• 750
• 585

Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.

  1. Kadar pinjaman.

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.

  1. Kadar upah simpan.

Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak. Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.

Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun

RM2000 pertama ke bawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 ke atas RM0.80

Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.

RM2000 ÷ RM100 = 20
20 x RM0.70 = RM14

Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14

  1. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan. Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

  1. Harga emas 999 hari ini RM280
  2. Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.

MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.

  1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.
  2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
  3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.
  4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

NOTA TAMBAHAN.

  1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.
  2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.

KESIMPULAN.

Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.

SEMOGA BERMANFAAT.

Sharing info :

Pasti ramai yang tertanya kenapa kedai A menawarkan harga emas yang berbeza berbanding kedai B sedangkan semua kedai merujuk kepada harga emas semasa dunia yang sama?

Harga semasa dunia itu sebenarnya hanyalah merupakan tanda aras dalam meletakkan harga emas.

Setiap kedai mempunyai hak untuk menetapkan seberapa pun harga emas di kedai mereka mengikut tanda aras yang diberi.

Namun anda sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan membeli di kedai emas yang paling menguntungkan anda.

Apabila anda melihat ada kedai meletakkan harga per gram yang tersangat murah berbanding kedai lain, janganlah anda terus terburu-buru untuk membuat pembelian dikedai tersebut.

Seharusnya anda menyemak terlebih dahulu beberapa perkara berikut:

?Upah barang kemas
?Caj tersembunyi
?Harga per gram selepas campur upah dan caj tersembunyi

Contoh: ?

KEDAI A
Berat barang = 40gram
Harga per gram = RM153
Upah barang kemas = RM500
Caj tersembunyi = tiada
Harga barang :
= RM153 × 40gram + RM500 upah
= RM6620

Harga per gram selepas campur upah
= RM6620 ÷ 40gram
=* RM165.50 per gram*

KEDAI B
Berat barang = 40gram
Harga per gram = RM159
Upah barang kemas = RM100
Caj tersembunyi = tiada
Harga barang
= RM159 × 40gram + RM100 upah
= RM6460

Harga per gram selepas campur upah
= RM6460 ÷ 40gram
= RM161.50 per gram

Disini dapat kita lihat harga per gram Kedai A sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding Kedai B

kerana terdapat manipulasi harga per gram dan upah barang walaupun pada awalnya kita lihat harga per gramnya adalah sangat murah.

Semoga bermanfaat ♥️
Di orodesign upah murah emas pun murah, lebih murah jika anda join jadi dealer,

Banyak kelebihan yg akan anda perolehi, dengan hanya membayar harga ahli RM 799, nikmati harga emas seumur hidup dan boleh diwarisi♥️

Waktu Terbaik Beli Emas

Secara jujur (asas) yang boleh saya katakan waktu terbaik beli emas ialah bila kita ada duit bertujuan untuk simpanan jangka panjang.

Simpanan jangka panjang bermaksud simpanan untuk suatu tempoh yang lama sekurang-kurangnya 2 tahun atau lebih.

Bila ada je duit lebih terus tukar duit jadi emas tak perlu tunggu harga emas rendah (atau harga terbaik) atas beberapa sebab ni;

✅ Biasanya beli bukan dalam jumlah besar, tapi berterusan. Minimum 1 gram sebulan. Kalau harga rendah satu bonus untuk tambah gram lebih dari 1 gram.

✅ Bila beli secara konsisten, kita dapat mengecilkan kos belian yang dipanggil kos pemurataan. Contoh tiga kali belian RM280/g, RM270/g dan RM260/g.

Maka kos purata keseluruhan belian ialah RM270/g.

✅ Risiko duit tu bocor lebih besar bila tunggu harga terbaik. Mungkin kita nak tunggu harga turun singgit dua, tapi yang bocor lebih besar dari beza singgit dua.

✅ Gold saver biasanya simpan emas untuk jangka panjang, bukan untuk dijual dalam masa terdekat.

Tujuan tukar duit jadi emas sebagai alat simpanan untuk dilupakan. Jual bila terdesak, bila duit tunai lain dah habis.

Kesimpulannya, sebagai gold saver fokus kepada pertambahan gram bukannya perkembangan RM.

Dari segram mesti jadi 2 gram dan keseterusnya.

Sebagai gold saver jangan biarkan emosi naik turun harga emas mengganggu kita kerana fokus sebenar kita pada gram bukan RM.

BELI EMAS MEMBAZIR DUIT?

Ramai fikir emas tu membazir. Emas adalah aset. Sama macam rumah dan tanah.

Kenapa beli rumah dan tanah? Sebagai harta, apabila terdesak boleh pajak, dan boleh diwariskan untuk anak-anak.

Sama juga dengan emas. Sebagai harta, bila terdesak boleh pajak, dan boleh diwariskan untuk anak-anak.

Cuma bezanya rumah dan tanah kita kena hutang puluh tahun baru jadi hak milik. Dan rumah dan tanah kena cukai dan declare harta.

Emas tidak. Boleh beli cash. Ikut kemampuan kita. Di Orodesign ada emas sekecil 0.25g, 0.5g dan 1gram. Simpan emas ni tak kena cukai harta dan tak perlu declare…betul tak…?? Eh…tapi jangan lupa bila cukup syarat, WAJIB ZAKAT! Tapi INGAT, simpan duit dalam bank pun bila cukup syarat Wajib Zakat. JADI APA BEZA SIMPAN EMAS DENGAN SIMPAN DUIT???

KESELAMATAN, Emas adalah solusi kepada inflasi. Penat simpan duit, jangka panjang semakin berkurang NILAI simpanan kita. Jadi lebih baik TUKAR simpanan Wang kertas kita tadi menjadi SAFE HAVEN ASET iaitu EMAS. Jangan set dalam minda hanya Simpanan Emas sahaja kena Zakat.

Jangan risau, jangan takut pasal zakat…bila kita dah layak zakat, maknanye ekonomi kita semakin baik?.

Soalan seterusnya dekat mana nak beli Emas?
Dimana-mana pun boleh, terpulang pada masing². Cuma jika boleh jimat beli di tempat yang lebih murah, Harga direct kilang kenapa perlu membazir untuk kualiti/mutu Emas yang sama? Lebihan tadi boleh beli tambahan gram simpanan kita. Buat pilihan bijak.

Buatlah simpanan emas anda sedikit2 lama2 berbukit2…lama2 jadi SEKILO??? Yang sudah sedar kelebihan simpanan Emas tidak teragak Tukar sebahagian besar simpanan kepada BENTUK EMAS FIZIKAL. Tahniah.

orodesign #emashargakilang

[APA ITU WANG VS EMAS?]

Ada orang tanya wang fiat tu apa?
Wang fiat ialah duit kertas, syiling. Duit yg kita pakai ni di panggil wang fiat. Sebab sekarang ni duit yang dicetak tak disandarkan kepada emas.

Jadi, ianya mudah ‘floating’ dan mudah dimanipulasi dan itu sebab duit kita ni ade inflasi! Cuba tengok tiap-tiap tahun nak raya jer tengok macam-macam jenis warna duit keluar.

Anda tahu tak berapa kos cetak duit? Kos dlm sekeping tu mungkin dalam 20 sen jer tapi bila dicetak RM100 tengok berapa besar margin keuntungan!

Siapa yang keluarkan duit nie?? Tu sebab bila duit dah melambak kat pasaran sampai masa kita akan alami ‘inflation static’

Malaysia ni selalu kata tahap inflation dalam 4%. Tapi hakikatnya dah dekat 10% tau! Sebab itulah simpanan kita dalam bentuk wang tu kena tolak inflasi 10% dan itulah sebenarnya nilai duit kita

JADI bila kita simpan EMAS FIZIKAL sebenarnya kita dah selamatkan kekayaan kita. Tahukah anda bahawa kita sebenar ditahap inflatisi yang tinggi. Barang akan sentiasa melambung naik! Segala-galanya akan naik!

JADI selamat la siapa yang ade simpanan EMAS FIZIKAL!
Dan sememangnya GOLD is REAL MONEY!!!
RM yang kita guna hari-hari tu sebenarnya wang fiat. Bukan matawang sebenar. Dan dari zaman nabi lagi dinar dan dirham (Emas dan Perak ) yang digunakan.

Saya pilih EMAS FIZIKAL sebagai simpanan
Anda bagaimana?

JOM SIMPAN EMAS FIZIKAL!
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga