Archives for September 5, 2021

Antara barang kemas dan gold bar yang mana terbaik untuk simpanan?

Tak kisah la yang mana pun..
Yang penting bergantung kepada SPREAD (susut nilai)..yessss SUSUT NILAI

Semakin kecil spread maka semakin baiklah simpanan anda..
dan semakin cepat jugalah kita akan merasa UNTUNG di atas simpanan emas.

Bagaimana nak pilih emas yang spread rendah?

? Carilah dan belilah emas yang harga
RENDAH DARI PASARAN
? Pastikan harga UPAH RENDAH
– gold bar tiada upah (susut nilai 6-8%)
– barang kemas ada upah (susut nilai sekitar
25% bergantung kepada banyak faktor)

Pengalaman saya selama menjadi dealer emas, spread emas yang dibeli terus dari kilang memang rendah..jadi cepatlah dapat keuntungan dari simpanan ?

Kesimpulannya buatlah pilihan yang bijak..
Pilihan saya..Beli Emas Harga Kilang ??

“BELI EMAS DENGAN BERILMU”

EmasHargaKilang

?DINAR VS GOLDBAR?

?DINAR

KELEBIHAN DINAR⤵

✅Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah

✅Digunakan untuk membayar zakat

✅Dijadikan hantaran dan mas kawin

✅Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang

✅Simpan untuk pergi haji

✅Tabungan/simpanan/pelaburan

?Lain-lain tentang DINAR

♥ Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.

♥Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

?GOLD BAR

KELEBIHAN GOLD BAR⤵

?Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi

?Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.

?Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas & ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.

?Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

?Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

?Lain-lain tentang GOLD BAR

♥ Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000

♥Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk yang lebih berat

Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

♥Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!

♥Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.

☺Masing2 bolehlah menilai mengikut pilihan masing² yer?

?1gram1bulan1keluarga?

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1632/

*NASIHAT EMAS *?

Ada yang suka bk bajet,bk padu,bk fesyen..ni akak nk cerita pasal bajet dan fesyen ya..padu kurang berisiko rosak seperti putus dan kemek..?

Barang kemas bajet

?kosong/hollow/nampak besar tapi ringan..Harga bajet ✅ mampu milik..? Tetapi risiko rosak(putus n kemek)⬆⬆tinggi…

lagi kalo ringan,lebar sangat,kosong.. contoh mcm design lipan,coco,gajah..design ni memang xtahan lasak dan xsesuai pakai hari2/basahan.. kalo nak pakai ke event/kenduri sesuai..?pakai sekejap pastu simpan peti balik.. Jadikan aset✅

?Bajet,halus,padu..Harga mampu milik✅ fizikal sangat2 halus contohnya jenis mesin.. sangat2 halus lebih dah macam benang..Tapi tahan lasak..untuk bergaya memg xsesuai la..?kalo mata rabun mau xnampak..?

?Bajet/halus/kosong..Harga mampu milik✅fizikal halus dan kosong contohnya jenis pintal n gila2.. Sangat2 xtahan lasak.. jangan heran kalo pakai sehari dua dh putus..??

?Berat tapi hollow.. harga boleh tahan..??ketahanan lebih tahan dari item bajet kosong.. jangan gigit ketuk dgn tukul sudah la..??kalo setakat tsangkut boleh lepas lagi dari putus..

?Rantai tangan fesyen ada stamping, ada hollow… Hollow mcm rt gajah, sauh, lipan. Rt stamping, ada mcm2… Drp segi ketahan, tgk pada pattern… Kalau hollow rt coco, lipan paling kurang tahan lasak.Kalau stamping plak, pattern yg nipis…Cpt kemek. Pattern bunga2, mudah sangkut..

Padu?? Xda masalah putus ke kemek..??

Haa dah tau kan…

MITSUBISHI MATERIALS CORPORATION.

Jongkong emas terbesar di dunia dimiliki oleh Toi Gold Museum yang terletak di Shizuoka, Japan. Jongkong emas yang memegang “Guinness record” ini adalah seberat 250,000g atau 250kg.

Jika mengikut harga semasa, jongkong tersebut dianggarkan bernilai RM65,000,000 bersamaan dengan harga 722 buah Mitsubishi XPANDER bernilai Rm90,000.

Sesiapa yang berkunjung ke muzium tersebut, pengunjung diberi peluang untuk melihat dan menyentuh jongkong tersebut.

Sebuah tempat yang dikenali sebagai New York Federal Reserve merupakan tempat penyimpanan emas paling besar di dunia. Tempat ni digunakan untuk simpan emas dari pelbagai negara, bilik kebal tersebut berada kira kira 24 meter di bawah tanah.

Bilik kebal ini menyimpan kira kira 497,000 jokong emas, pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sini selepas Perang Dunia Kedua, pemegang akaun yang meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan rahsia.

Terdapat hampir 122 tempat untuk meletakkan emas, setiap pemegang akaun akan mendapat satu tempat. Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai 260 billion dollar atau bersamaan RM1,134,510,000,000.00 (1.1 Trillion Ringgit)

IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia merupakan antara pemegang akaun yang menyimpan emas mereka paling banyak disini, tempat ini pernah mempunyai 960,000 jokong emas pada tahun 1963.

Pekerja di tempat ini perlu memakai kasut keselamatan yang mempunyai besi kerana jokong emas tersebut seberat 13 kilogram dan boleh menyebabkan kaki petugas disini cedera teruk atau patah

Bilik kebal ini dilindungi oleh beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Selain itu juga bilik kebal ini mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang terperangkap di dalam bilik tersebut.

Kredit Shafa Razali

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1602/

PANDUAN TENTANG BARANG KEMAS

♥️ Mesin – Jenis padu, Halus dan tahan lasak.

♦️ Pasir & Kait 1 – Terdapat jenis Kosong , padu dan stamping.

♥️ Gajah – Jenis kosong dan padu.

♦️ Lipan – Jenis kosong dan padu.
Lipan Terdapat beberapa design;
kait 2 , kait 3 , kait 4. Untuk mengetahui, perlu meneliti dibahagian sisi rantai.

♥️ Pintal – Jenis kosong dan padu.
Jenis kosong mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.

♦️ Snakeskin – Jenis kosong.

♥️ Tulang belut – Jenis kosong dan padu.

♦️ Gila2 – Jenis kosong dan padu.

♥️ Sauh/Bakok – Jenis kosong dan padu.

♦️ Coco – Jenis kosong dan stamping.

♥️ Bangle – Jenis kosong , padu dan stamping.

♦️ Cincin – Jenis kosong , padu dan stamping.

??EMAS JENIS APA YANG PERLU SAYA BELI UNTUK MEMULAKAN SIMPANAN EMAS SAYA INI???

?Bermulalah ikut kemampuan anda, beli apa yang anda mampu pada ketika ini.

?Ikut minat tapi pupuklah minat kepada gold bar & dinar sebab ianya emas 999.9 mampu milik.

?Sebaiknya pelbagaikan simpanan. Maksudnya campur² gold bar, dinar, syiling & barang kemas. Kesemuanya berfungsi sebagai simpanan yang bagus.

?Gold bar, dinar & syiling untuk jangka masa panjang. Beli simpan, beli simpan. Barang kemas jika nak mudah, Ar Rahnu terima di mana².

?Beli barang kemas terpakai @ pilih barang kemas yang mempunyai upah terendah adalah pilihan bijak.

?Yang penting simpanlah banyak emas 999.9 & 916 yang tinggi kualiti & nilainya. Emas gred 750 ke bawah tinggi susut nilainya di masa hadapan…

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1574/

Beli dan simpan emas ni banyak sangat manfaatnya. Memang pelik la kalau ada orang cakap takde faedah beli emas.

1⃣ Duit selamat

2⃣ Harta bertambah

3⃣ Simpanan kekal lebih lama

4⃣ Harga naik jangka masa panjang

5⃣ Boleh gadai jika perlukan duit

… dan macam-macam lagi kelebihan.

Kalau kita selalu gagal simpan duit, jangan simpan duit. Try simpan emas pulak.

Hanya orang yang simpan emas boleh senyum :

♥️ Bila emas makin banyak
♥️ Bila harga emas naik/ turun
♥️ Bila terdesak perlukan duit

Simpan emas sekarang. Anda tak akan menyesal.