Sharing info :

Pasti ramai yang tertanya kenapa kedai A menawarkan harga emas yang berbeza berbanding kedai B sedangkan semua kedai merujuk kepada harga emas semasa dunia yang sama?

Harga semasa dunia itu sebenarnya hanyalah merupakan tanda aras dalam meletakkan harga emas.

Setiap kedai mempunyai hak untuk menetapkan seberapa pun harga emas di kedai mereka mengikut tanda aras yang diberi.

Namun anda sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan membeli di kedai emas yang paling menguntungkan anda.

Apabila anda melihat ada kedai meletakkan harga per gram yang tersangat murah berbanding kedai lain, janganlah anda terus terburu-buru untuk membuat pembelian dikedai tersebut.

Seharusnya anda menyemak terlebih dahulu beberapa perkara berikut:

?Upah barang kemas
?Caj tersembunyi
?Harga per gram selepas campur upah dan caj tersembunyi

Contoh: ?

KEDAI A
Berat barang = 40gram
Harga per gram = RM153
Upah barang kemas = RM500
Caj tersembunyi = tiada
Harga barang :
= RM153 × 40gram + RM500 upah
= RM6620

Harga per gram selepas campur upah
= RM6620 ÷ 40gram
=* RM165.50 per gram*

KEDAI B
Berat barang = 40gram
Harga per gram = RM159
Upah barang kemas = RM100
Caj tersembunyi = tiada
Harga barang
= RM159 × 40gram + RM100 upah
= RM6460

Harga per gram selepas campur upah
= RM6460 ÷ 40gram
= RM161.50 per gram

Disini dapat kita lihat harga per gram Kedai A sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding Kedai B

kerana terdapat manipulasi harga per gram dan upah barang walaupun pada awalnya kita lihat harga per gramnya adalah sangat murah.

Semoga bermanfaat ♥️
Di orodesign upah murah emas pun murah, lebih murah jika anda join jadi dealer,

Banyak kelebihan yg akan anda perolehi, dengan hanya membayar harga ahli RM 799, nikmati harga emas seumur hidup dan boleh diwarisi♥️