TIP EMAS

  1. Perlu kalian ketahui emas ialah suatu bahan komuniti seperti bijih timah, perak, dan bahan komuniti yang lain.
  2. Harganya bergantung pada supply and demand dan keadaan politik serta ekonomi semasa.
  3. Kalau ekonomi dunia tidak beberapa baik, banyak pelabur akan lari kepada aset selamat seperti emas untuk mengelakkan kerugiaan.
  4. Pada ketika ini demand akan naik dan harga emas boleh jadi tinggi.
  5. Bila ekonomi semakin stabil, politik dunia aman, kebanyakkan pelabur akan menjual semula emas mereka untuk mendapatkan modal bagi melabur ditempat yang lebih untung.
  6. Ketika ini supply dalam keadaan banyak manakala demand semakin berkurangan. Pada ketika ini harga emas boleh jadi menurun.
  7. Kalau kalian mahu menyimpan emas, perkara pertama kalian perlu fahami ialah emas adalah simpanan jangka panjang.
  8. Paling kurang kalian perlu menyimpan selama 3 tahun ke atas dan tiada had masa berapa lama kalian boleh menyimpan emas tersebut.
  9. Lagi lama kalian menyimpan lagi ketara rasa keuntungannya.
  10. Emas tidak sesuai untuk simpanan jangka pendek atau jangka sederhana. Kalau mahu keuntungan cepat, terus terang emas bukanlah jawapanya.
  11. Kalian boleh jadikan emas sebagai ubat merawat kebocoran wang, simpanan hari tua, forgotten saving, dana perkahwinan, tabung kecemasan dan dana menunaikan haji.

Begitulah?
Boleh faham sesuatu?

asetkekal

asetkalisinflasi

usahawanorodesign

Speak Your Mind

*