Jom belajar jenis Emas

Selalukan kita tengok nilai-nilai emas macam 999, 916, 18K, 9K. Apa maksudnya?
Mari kita belajar tentang ketulenan emas.
Ketulenan emas dipanggil KARAT. Semakin tinggi karat emas dalam sesuatu produk maknanya semakin tinggi kandungan emas tulen didalamnya.

Berikut adalah beberapa jenis-jenis emas mengikut tahap ketulenan :
1) Emas 24 karat (24K) –
Emas paling tulen. Ia juga mempunyai ketulenan 99.99% dan dikenali sebagai emas 999 / emas 10.

2) Emas 22 karat (22K) –
Mempunyai kandungan 91.6% emas. Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas dan juga di kenali sebagai emas 916.

3) Emas 21 karat (21K) –
Mempunyai kandungan 87.5% emas. Peratus lain kandungan terdiri daripada lain-lain elemen seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.

4) Emas 18 karat (18K) –
Mempunyai kandungan 75% emas. Juga dikenali sebagai Emas Paun atau emas 750. Banyak digunakan untuk barang kemas berbatu kerana ia lebih keras dan lebih selamat untuk “menggigit” batu permata yang mahal.

5) Emas 14 karat (14K) –
Mempunyai kandungan sehingga 58.5% emas. Juga dikenali sebagai emas 585. Banyak digunakan buat gigi emas dulu-dulu.

7) Emas 12 karat (12K) –
Mempunyai kandungan sehingga 50% emas.

8) Emas 9 karat (9K) –
Juga dikenali sebagai emas 375 atau suasa.

Kenapa emas perlu dicampur dengan logam lain?

Emas tulen sifatnya amat lembut dan mudah dilentur. Kalau pernah tengok cerita koboi, bila mereka jumpa emas, benda pertama mereka buat ialah gigit emas tu. Sebab? Sebab emas tulen ni lembut jadi kalau gigit akan ada bekas gigi.

Ia tidak sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Maka untuk mendapatkan sebatian yang lebih kuat dan sesuai untuk di pakai, logam-logam lain seperti tembaga, dan besi di campur dengan emas tulen.

Formula menghitung kadar emas.

Ketulenan emas dibahagikan kepada 24 bahagian. Maka cara menghitungnya adalah seperti berikut:

Contoh, untuk 18K:
Formula : ( 18 : 24 x 100 = 75.0% )
18 dibahagi 24 = 0.75 kemudian darab dengan 100 untuk convert kepada peratus. Maknanya 18K ada 75.0% kandungan emas.

Maka angka-angka pada barang kemas, jongkong atau dinar bermaksud:

999 setara dengan 24 karat
916 setara dengan 22 karat
875 setara dengan 21 karat
750 setara dengan 18 karat
585 setara dengan 14 karat
500 setara dengan 12 karat
375 setara dengan 9 karat

Berikut pengertian dari emas 9K hingga 24K:

Emas 9K – kadar emas 37.5%
Emas 12K – kadar emas 50.0%
Emas 14K – kadar emas 58.3%
Emas 18K – kadar emas 75.0%
Emas 20K – kadar emas 83.3%
Emas 22K – kadar emas 91.6%
Emas 24K – kadar emas 99.9%

Semoga bermanfaat

Speak Your Mind

*