Archives for September 2021

PANDUAN TENTANG BARANG KEMAS

♥️ Mesin – Jenis padu, Halus dan tahan lasak.

♦️ Pasir & Kait 1 – Terdapat jenis Kosong , padu dan stamping.

♥️ Gajah – Jenis kosong dan padu.

♦️ Lipan – Jenis kosong dan padu.
Lipan Terdapat beberapa design;
kait 2 , kait 3 , kait 4. Untuk mengetahui, perlu meneliti dibahagian sisi rantai.

♥️ Pintal – Jenis kosong dan padu.
Jenis kosong mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.

♦️ Snakeskin – Jenis kosong.

♥️ Tulang belut – Jenis kosong dan padu.

♦️ Gila2 – Jenis kosong dan padu.

♥️ Sauh/Bakok – Jenis kosong dan padu.

♦️ Coco – Jenis kosong dan stamping.

♥️ Bangle – Jenis kosong , padu dan stamping.

♦️ Cincin – Jenis kosong , padu dan stamping.

??EMAS JENIS APA YANG PERLU SAYA BELI UNTUK MEMULAKAN SIMPANAN EMAS SAYA INI???

?Bermulalah ikut kemampuan anda, beli apa yang anda mampu pada ketika ini.

?Ikut minat tapi pupuklah minat kepada gold bar & dinar sebab ianya emas 999.9 mampu milik.

?Sebaiknya pelbagaikan simpanan. Maksudnya campur² gold bar, dinar, syiling & barang kemas. Kesemuanya berfungsi sebagai simpanan yang bagus.

?Gold bar, dinar & syiling untuk jangka masa panjang. Beli simpan, beli simpan. Barang kemas jika nak mudah, Ar Rahnu terima di mana².

?Beli barang kemas terpakai @ pilih barang kemas yang mempunyai upah terendah adalah pilihan bijak.

?Yang penting simpanlah banyak emas 999.9 & 916 yang tinggi kualiti & nilainya. Emas gred 750 ke bawah tinggi susut nilainya di masa hadapan…

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1574/

Beli dan simpan emas ni banyak sangat manfaatnya. Memang pelik la kalau ada orang cakap takde faedah beli emas.

1⃣ Duit selamat

2⃣ Harta bertambah

3⃣ Simpanan kekal lebih lama

4⃣ Harga naik jangka masa panjang

5⃣ Boleh gadai jika perlukan duit

… dan macam-macam lagi kelebihan.

Kalau kita selalu gagal simpan duit, jangan simpan duit. Try simpan emas pulak.

Hanya orang yang simpan emas boleh senyum :

♥️ Bila emas makin banyak
♥️ Bila harga emas naik/ turun
♥️ Bila terdesak perlukan duit

Simpan emas sekarang. Anda tak akan menyesal.

???? ??????? ????

Bila sebut tentang Aset, pastinya ia sesuatu yg kita jadikan sebagai simpanan utk kegunaan masa depan.

Contohnya, ada orang jadikan rumah & tanah sebagai aset yg boleh dijual jika datang waktu kecemasan memerlukan duit.

Begitulah Emas sebagai aset umpama Rumah, adalah kita beli harini terus jual esok? Pasti kita akan simpan utk beberapa tempoh seperti 5-10 tahun sehingga nilainya makin tinggi utk kita mengaut keuntungannya.

Ini kerana nilai Emas tidak dimakan inflasi seperti halnya wang kertas yg kita simpan sekarang. Dan nilainya terus berkembang dlm jangka masa panjang.

Tahun 2010 nilainya RM130 per gram, pd 2020 pula RM285 per gram. Peratusan kenaikannya sangat luar biasa terutama ketika zaman kegawatan ekonomi sekarang.

Izinkan saya share sikit point penting dari artikel Sinar Harian bertajuk EMAS MENGUNCI NILAI MASA DEPAN :

? Nilai emas yang konsisten menjadikannya sebagai komiditi terbaik perlaburan jangka panjang.

? Kurangkan tabiat menambah labialiti dengan membeli barang yang tidak menguntungkan, sebaliknya laburkan wang kepada logam yang bernilai ini.

? Bagi yang telah melakukannya, mereka berada dilandasan yang betul tapi bagi mereka yang belum memulakannya ia adalah satu kerugian kerana harga emas di pasaran dijangka meningkat pada tahun 2021 ini.

? Ternyata menyimpan emas itu sesuatu yang menguntungkan. Walaupun perit untuk mengumpulnya namun hasilnye berbaloi.

Tahniah sudah habis baca, moga dapat sesuatu hari ni ?

⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔SPREAD BUKAN DEPRECIATION

Istilah “susut nilai” dalam emas sebenarnya tak tepat. Ia selalu disalahfahami sebagai “depreciation” (turun nilai).

Istilah sebenarnya ialah “spread”; perbezaan antara dua harga semasa yang ditetapkan oleh penjual i.e. harga “JUAL” dan harga mereka “BELI” balik.

Sebagai contohnya beli barang kemas dikedai emas. Bila nak jual emas tu balik, kedai emas membelinya dengan potongan 25% dari harga jualan semasa. Kadar spreadnya ialah 25%!

Kalau di #OroDesignByAmethyst spread hanya 6% dari harga semasa. klau lg lama beli dan simpan spread tu dah tak ada.. spread paling rendah sebab dealer jual balik kepada kilang. Untung daftar jadi dealer?

Walaupun harga emas sentiasa berubah-ubah, tetapi kadar SPREAD itu kekal. Lagi nipis peratus perbezaan, lagi cepat dan lagi banyak untung.

Jadi lepas semak harga per gram, perkara kedua yang kena semak ialah kadar spread.

Kalau beli emas dengan tujuan dapat dijual pada harga tinggi satu hari nanti, pastikan spread tak melebihi 10%. (Of course hanya di OroDesign)

Kalau lebih 10%, lupakan emas tu sebab banyak lagi emas yang spreadnya lebih rendah.

? Semoga bermanfaat.

SPREAD = SUSUT NILAI

Korang kena tahu, emas yang kita beli hari ini kalau kita jual semula dalam masa terdekat akan berlaku susut nilai.

Contohnya kita beli barang kemas hari ni RM265/gram termasuk upah kemudian minggu depan kita jual semula di kedai, dapat RM215/gram sahaja. Berapakah spread/susut nilai di situ?

Goldbar adalah bentuk simpanan emas yang rendah susut nilai kerana tiada kos upah. Nak kecilkan lagi spread emas adalah dengan jadi ahli/dealer Orodesign yang dapat harga lebih rendah. Dan dapat jual semula pada HQ dengan harga terbaik.

Kami hanya kongsi peluang
Kami bukan sembang kencang
Kami tak janji bulan dan bintang
Kami janji harga terbaik dari kilang.

Rasa rasa nak tambah pendapatan melalui trading emas inshaallah admin boleh tunjukkan jalan.

PANDUAN UNTUK MEMBELI EMAS

♠️ EMAS PADU
Emas jenis ini adalah mampat dan di dalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, ianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak.

♠️ EMAS KOSONG/HOLLOW
Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas hollow. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketuk. Biasanya rantai jenis gajah dan lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.

♠️ EMAS STAMPING
Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnya. Sama seperti emas kosong, emas stamping juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis vitara merupakan contoh emas stamping.

♣️ Selalunya kalau ikut design emas padu antaranya ialah MESIN, PUTRA, PUTRI, MELUR & Sebagainya. 

♣️ Emas dua alam.. juga bermaksud barang kemas yang terdapat dalam bentuk padu dan tak padu; antaranya ialah  LIPAN, GAJAH & PASIR.

‼️‼️‼️
♣️Anda jangan terkejut jika masa anda nak pajak barang kemas anda di Pajak Gadai & Ar-Rahnu pihak mereka “downgrade” emas anda jadi emas 875, 835 dan 750!..
Ini satu perkara yang biasa berlaku kerana:
• Pihak Pajak Gadai & Ar Rahnu risau kalau ada masalah dengan barang kemas seperti lekuk, berlubang.
• Bila ada lekuk dan berlubang, kemungkinan ada kotoran yang akan memberi kesan kepada berat.
• Ini berlaku pada jenis Emas Kosong/Hollow dan Stamping.

TIP BELI BARANG KEMAS 916

  1. Tanya harga berapa ringgit segram. Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi saya elok kira dalam kiraan gram sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.
  2. Tanya berapa UPAH. Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 untuk upah sahaja.
  3. Tahu cara kira harga barang kemas, biasanya..

(Berapa gram x harga segram + upah ) = _ )

Kebiasaannya kedai emas terus tekan tekan kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram dan upah. Mesti tahu!
.
.
Tips yang lebih penting: KIRA HARGA BERSIH SEGRAM.

Maksudnya, total harga yang kita bayar ÷ berapa gram barang kemas tu.

Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata-mata harga segram.

Jangan juga tertipu dengan harga segram yang nampak murah tapi upah pula yang mahal.