Archives for September 2021

Emas 999 terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Emas 999

Emas 99.99

Emas 999.9

Sekarang menjadi tanda tanya pula apa bezanya antara ketiga-tiga jenis emas ini? Nampak macam sama sahaja kan? Hakikat sebenarnya ialah masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.

✎ EMAS 999

Biasanya emas 999 ini digunakan untuk penghasilan barang kemas seperti rantai jenis gajah. Ada juga jongkong atau dinar emas yang bergred 999. Dengan peratusan 99.9% kandungan emas, barang kemas dari gred ini adalah lebih lembut berbanding barang kemas dari gred 916. Barang kemas 999 kebiasaannya dimiliki untuk tujuan pelaburan/simpanan kerana nilainya yang lebih tinggi dan juga kerana fizikalnya yang lebih lembut yang menjadikan ia mudah patah/rosak.

✎ EMAS 99.99

Emas 99.99 mempunyai 99.99% kandungan emas yang juga dikenali sebagai “Pure gold“. Ia merupakan emas yang diproses dari sumber emas mentah dari lombong. Dari segi harga, emas 99.99 mempunyai nilai yang lebih mahal dari emas 999. Emas ini dikatakan emas paling mahal kerana sumbernya asli diambil dari lombong emas.

✎ EMAS 999.9

Sama seperti emas 99.99, emas 999.9 juga mempunyai 99.99% kandungan emas. Ia dikenali sebagai “Fine gold” iaitu emas yang diproses dari sumber kitar semula emas-emas yang sedia ada dalam industri. Emas 999.9 juga mempunyai nilai yang lebih mahal dari emas 999. Jika dibandingkan pula dengan emas 99.99, nilainya sama sahaja kerana peratusan kandungan emasnya adalah sama

Ada sahabat tanya, kalau saya tak menjual dan beli untuk diri sendiri masih untung ke❓❓❓

Jawapannya YES sebab ;

✅ Spread sangat rendah
✅ Layak beli emas HAPPY HOUR
✅ Jual ke kilang emas bengkok2 pun untung banyak.
✅ Ketulenan dan kualiti lebih TERJAMIN ?

NEXT ??????

Kita adalah 100% TRADING EMAS FIZIKAL.
Kedai emas online.

Punca income kita adalah :

  1. Jual emas baru
  2. Beli emas lama
  3. Beli surat pajak
  4. Buka cawangan kedai emas (dealer get dealer)

Dan 5. Emas FREE dr kempen2 bulanan.

KitaBukanMLM?

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1522/

Harap tak salah faham

  1. Simpan emas sekarang boleh dengan bajet RM100++ dah boleh grab gb 0.25g simpan sendiri ya jangan simpan dalam digit. Ini kalau betul2 nak simpan duit jom mulakan
  2. Emas goldbar/dinar tidak ada jantina. Lelaki perempuan boleh simpan
  3. Emas tidak ada fix keuntungan. Jangka pendek sentiasa turun naik. Tapi jangka panjang in sha’ Allah sentiasa naik. Simpan dengan ilmu in sha’ Allah untung
  4. Emas simpanan jangka panjang. Bukan beli harini, niat nak jual bulan depan

OrodesignByAmethyst

Orodesign

DEALER

Salah satu kebaikkan emas adalah ia “tiada rekod dalam sistem kewangan”. Ia boleh dijadikan aset bagi orang yang telah di isytihar Bankrup. Sebab kebanyakkan orang yang diisytihar bankrup mereka tak boleh simpan duit dibank. Jadi jalan penyelesaiannya adalah simpan duit dalam bentuk emas.

Selain daripada itu emas juga boleh dijadikan medium untuk sorokkan kekayaan. Terutamanya bagi mereka yang perlu buat perisytiharan harta. Kebiasaan kesemua harta perlu diisytihar kecuali emas. Pihak berwajib boleh menyemak kesemua aset lain yang ada dalam sistem kewangan kecuali emas!

Tapi perlu diingat, walaupun emas boleh dijadikan medium untuk menyorokkan kekayaan, jangan sesekali amalkan amalan ini sehingga waris terdekat tidak tahu langsung yang mana kita ada menyimpan emas.

Beritahu waris dimana kita simpan emas yang telah kita beli, jangan simpan diam-diam saja. Sebabnya kalaulah kita ditakdirkan pendek umur (mati) emas tu akan terus “terdiam” tempat kita sorok tanpa pengetahuan si waris.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang nak sorok kekayaan supaya “orang lain” tidak tahu berapa jumlah kekayaan yang kita ada, emas adalah aset yang bagus sebab ia terbukti tidak ada dalam mana-mana sistem kewangan. Hanya kita dan waris yang dipercayai saja mengetahuinya.?

https://people.utm.my/nizamray/2021/09/05/1508/

TIPS NAK SIMPAN EMAS DENGAN MUDAH ????

1️⃣ Ada niat, ada duit terus beli EMAS ??berjaya?
2️⃣ Jangan dengar cakap orang yg tidak terlibat dengan EMAS ??berjaya??
3️⃣ Tak kisah harga turun atau naik teruskan membeli EMAS ??berjaya???
4️⃣ Fokus pada TARGET menyimpan EMAS ??berjaya????
5️⃣ Jadikan sebagai motivasi diri sendiri ??berjaya?????
6️⃣ Cari ILMU tentang EMAS ??berjaya??????
7️⃣ Ubah cara menyimpan ??berjaya???????

Hasilnya kita akan dapat seperti dlm gambar tuu..??. In Shaa Allah ??

Yang berhajat nak mula simpan emas boleh roger ?

Apakah Ciri-Ciri Pelaburan Yang Sesuai Untuk Membina Kekayaan?

Jikalau kita berbicara mengenai peluang-peluang pelaburan yang bersepah-sepah ada di luar sana, tentunya terdapat beberapa persoalan yang bermain-main difikiran anda.

Anda pun sudah mula sedar, untuk terus membina kekayaan dan gandakan wang anda menjadi lebih banyak, anda perlu melaburkannya.

Jikalau hanya mengharapkan wang gaji bulanan daripada pekerjaan tetap anda sahaja semata-mata, memang jangan haraplah anda mampu jadi kaya dan hidup senang dikemudian hari.

Kalau diberi peluang untuk melaburkan wang anda, pastinya perkara-perkara berikut menjadi kriteria utama atau ciri-ciri pilihan anda:

✔Pelaburan yang mampu memberi pulangan keuntungan tahunan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB, Simpanan Tetap (FD), unit trust, mutual fund atau takaful.

✔Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian. Dalam bahasa mudahnya, duit yang anda labur tu tak ‘hangus’ begitu sahaja. Anda inginkan pelaburan yang PALING selamat.

✔Pelaburan yang tak perlu anda nak bersusah-payah tengok graf depan PC siang-malam-pagi-petang. Contoh di sini adalah seperti pelaburan di pasaran saham. Risiko untuk anda hilang duit memang tinggi kalau tak sentiasa pantau pergerakan graf!

✔Mempunyai tahap ‘kecairan’ yang tinggi. Maksud kecairan ialah keboleh-upayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa. Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan yang terdesak.

✔Pelaburan yang kalis inflasi. Wang yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang. Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi, pelaburan anda masih kekal nilainya. Malah bertambah-tambah nilai pulangannya.

✔Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu RM seperti pelaburan hartanah. Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli, urusan dokumen, serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut. Makan masa berbulan-bulan baru settle.

✔Jenis pelaburan yang boleh membuatkan anda berasa bangga apabila bercakap mengenainya bersama-sama rakan, ahli keluarga dan sanak-saudara anda. Bukan seperti kalau anda join MLM atau Insurans. Memang CONFIRM saya gerenti, anda pun macam ‘malu-malu kucing’ untuk nak bagitahu yang anda sedang jalankan perniagaan tersebut.

Owh, memang seronok bukan kalau ada satu jenis pelaburan yang benar-benar memenuhi ciri-ciri di atas tu?

“ada ke pelaburan yang macam tu sekali?” anda tanya saya.

Pelaburan yang dimaksudkan adalah yang lain dan tak bukan …

“Pelaburan Emas Fizikal”

@IlmuKilangEmas
@dealerkilangemas

orodesign #emasfizikal #emashargakilang #bmf

JENIS DAN PERATUSAN PELABURAN.

Mana satu yang anda buat menjadi pilihan? Saving duit di bank bukan pelaburan, itu simpanan semata.
Pelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kita. “Don’t put all egg in one bucket.” Faham? So pelbagaikan bentuk simpanan dan pelaburan kita.?

✍? Membeli & fungsikan Emas Simpanan.?️

Dalam SETIAP GRAM EMAS, ada NILAI RINGGIT yang telah DIBEKUKAN.

NILAI RINGGIT tersebut akan KEKAL bersama GRAM EMAS sehingga kita CAIRKAN NILAI RINGGIT tersebut.

Nak SAVING?

Jangan GUNA RM tetapi..
BEKUKAN NILAI RM kepada EMAS FIZIKAL UNTUK SAVING.

Nak BELI EMAS?

Bila tunggu ada kelebihan HUJUNG BULAN, memang sukar ada KELEBIHAN. Semua dan kena atur untuk bayar RUMAH, KERETA, BIL2 dan lain2 keperluan yang perlu di bayar.

Berapa BAKI yang ada ? Itulah yang kita gunapakai untuk belanja harian bagi TEMPOH 28 hari lagi… begitulah KITARAN yang berlaku setiap bulan.

Bagi yang BERANI dan MAMPU mengitar semula BAYARAN BULANAN, mereka akan dapat dua kelebihan.

  1. Bayar KOMITMEN BULANAN
  2. Membina ASET dari DUIT KOMITMEN.

Bukan semua dapat dan boleh “MENGITAR SEMULA” duit bayaran bulanan. Perlu DISIPLIN dan KESABARAN dalam MEMBINA ASET. ( disiplin kena tinggi)

Andai kita x mampu buat semua ,jangan tinggal semua.

Untuk BERJAYA kena BERTINDAK.
BERTINDAK dengan ILMU adalah TERBAIK.

Bagaimana kita boleh berjaya?? Belum mula sudah timbul rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut dan berbagai-bagai perasan negatif ada dalam fikiran.

BERHATI-HATI..ITU PERLU..

Tapi TERLALU BERHATI-HATI menjadikan kita tidak dapat melangkah jauh…..

KITAR SEMULA DUIT HANGUS mampu memberi 1 Bulan 1 Gram… In Shaa Allah ?

Istiqomah 1 Bulan 1 Gram sangat bermakna dan bermanfaat dari terus tiada simpanan.

?

MANA LEBIH BAIK : EMAS JENIS PADU vs JENIS HOLLOW

JENIS KOSONG @ HOLLOW – BERAT 11G LEBAR 1CM

Ramai yang tergoda dengan saiznya yang nampak besar dan lebar tp..
ramai juga yang tak perasan dalamnya KOSONG.

Maksudnya kat DALAM rantai tu ruang kosong..tak dipenuhi dengan emas.
Oleh sebab itulah BK jenis hollow ni ringan tapi nampak besar.
Peminat2 BK yang dah faham sifat2 BK akan tak nak BK jenis kosong
sebab mereka risau tak tahan lasak.. yang mana ianya memang betul pun..
Terutama untuk BK hollow yang kategori bajet.

Tapi bukan semua BK hollow tu tak tahan lama. Sebenarnya anda harus bijak
pilih design hollow yang macam mana agak tahan dan yang mana kurang tahan lasak.
Macam design pasir dalam gambar ni insya Allah tahan pakai sampai bertahun2 tanpa putus.
Ada jugak sesetengah design hollow yang tak mampu bertahan lama.. tapi anda perlu ingat, EMAS 916 ni walau putus, kemek, atau terbakar sekalipun ianya tetap bernilai?
□■□■□■

✅JENIS PADU – BERAT 10G LEBAR 0.5CM

Jenis padu ni biasanya berat2 pun alahaiii nampak halussss je kan…
Berat BK jenis ni lebih kurang je mcm jenis hollow tu, tapi lebar dan saiz
dia nampak berbeza kan.. nampak kecik kan????

Tapi jangan disangka kecik2 tak de apa. Nampak halus je walaupun berat disebab
ianya jenis padu. Padu maksudnya emasnya padat memenuhi segenap designya,
oleh itu ianya berat walaupun kecik. Kalau pakai rantai tangan jenis padu akan
terasa “padat dan berat”nya RT tu di tangan walaupun jenis bajet, berbeza dengan
rasa RT hollow bila dipakai walaupun berat.

Biasanya BK padu ni berat2 sikit,jadi harganya agak mahal sikit berbanding dengan
BK hollow yang kebanyakan beratnya di bawah 5gram. Oleh itu emas padu ni ada
orang tak berapa berkenan sebab kecik tapi berat jadinya mahal..pastu kebanyakan
design BK padu ni design evergreen..old skool gtu.

Tapi sebenarnya beli BK padu ni lebih puas hati sebab agak tahan lasak dan
boleh pakai lama..tak mudah kemek atau putus. Insha Allah sampai ke anak
cucu boleh wariskan, hehe.

□■□■□■
Lain orang lain cita rasanya kan..apa2 pun yang penting emas yang dibeli tu
emas tulen dan cukup mutunya 916@999 sebagaimana harga yang telah dibayar
????

Apa2 pun try lah dulu, pakai hollow dan pakai padu..pasti anda
pun akan faham bezanya ??? belum cuba belum tahu✅

PERKONGSIAN ILMU

Sebelum korang beli emas, pastikan korang tahu serba sikit jenis dan mutu emas ya.

Mutu999 – 24Karat

Mutu950 – 23Karat

Mutu916 – 22Karat

Mutu875 – 21Karat

Mutu835 – 20Karat

Mutu750 – 18Karat

Mutu585 – 14Karat

Mutu375 – 9Karat

Karat tu apa? Berkarat ke? Oh tidak rakan-rakan. Karat adalah sistem pengukuran kandungan emas contoh :

Emas23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95,8% iaitu #Mutu958

Emas22K ialah : 22K/24K x 100 = 91,6% iaitu #Mutu916

Emas18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu #Mutu750

Kenapa emas perlu campuran?

Emas tulen sifatnya amat lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan harian maka ia perlu dicampur dengan logam lain supaya tahan lasak dan lebih keras. Semakin tinggi mutu emas 999 semakin lembut emas@ barang kemas.

Emas999

• Mempunyai kandungan 99.9% emas tulen
• Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
• Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’ dan ada juga berbentuk barang kemas tetapi lembut.
• Emas 999 berwarna kekuning-kuningan

Emas916

• Mempunyai kandungan 91.6% emas tulen & 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
• Amat terkenal dan popular dalam kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

Emas835

• Mempunyai kandungan 83.5% emas tulen & 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)

Emas750

• Mempunyai kandungan 75% emas tulen & 25% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya
• Di kenali juga sebagai Emas 18 Karat (18K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras

Emas 375

• Mempunyai kandungan 37.5% emas tulen & 62.5% adalah campuran kandungan lain seperti perak, tembaga, aluminium dan sebagainya.
• Di kenali juga sebagai Suasa atau Emas 9 Karat (9K)
• Sangat sesuai untuk mengikat batu permata kerana lebih keras
• Warnanya kemerah-merahan seperti tembaga.

Begitulah.
Dapat sesuatu ? ?