Archives for November 2021

Jangan main letak je… 10 makanan ini tak patut disimpan dalam peti sejuk

PETI sejuk sentiasa menjadi penyelamat kepada mak-mak terutama sekali apabila “terbeli” makanan secara berlebihan.

Kalau boleh semua benda nak disumbat dalam peti sejuk demi memastikan makanan yang dibeli boleh tahan lama.

Namun tahukan anda tidak semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk?

Selain memberi kesan kepada kadar nutrisi yang ada pada makanan tersebut, menyimpan sesetengah makanan dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan makanan tersebut rosak dengan lebih cepat.

Berikut 10 bahan makanan yang tidak patut dimasukkan ke dalam peti sejuk.

1. Tomato

Tomato yang disimpan dalam peti sejuk akan hilang rasa masamnya, oleh itu untuk mengelakkan tomato yang dibeli hilang rasa serta mengalami perubahan dari segi teksturnya, jauhkan buah tersebut dari peti sejuk.

2. Pisang

Pisang memerlukan suhu yang sederhana untuk masak jadi kalau anda ingin pisang kekal hijau, anda boleh letak pisang tersebut ke dalam peti.

Pada dasarnya pisang perlu ditempatkan di tempat yang kering serta tangkainya perlulah ditutup dengan plastik untuk memastikan jangka hayat yang lebih panjang.

3. Tembikai

Tembikai yang duduk terlalu lama dalam peti sejuk akan hilang sifat antioksidannya.

4. Terung

Terung merupakan sejenis sayuran yang sangat sensitif dengan suhu.

Terung yang disimpan pada suhu bawah 10 darjah celsius akan mengalami kerosakan pada tekstur dan rasannya.

Justeru itu terung perlulah disimpan pada suhu bilik dan diasingkan daripada buah dan sayuran lain.

5. Bawang putih

Suhu sejuk akan mengalakkan pertumbuhan akar pada bawang putih.

Oleh sebab itu, bawang putih lebih sesuai diletakkan di dalam bakul dan disimpan di kawasan yang mempunyai peredaran udara.

Bawang putih akan kekal segar untuk tempoh lebih sebulan.

6. Coklat

Warna putih pada coklat yang ditinggalkan dalam peti sebenarnya bukanlah kulat seperti yang disangka oleh orang ramai.

Sebaliknya, itu adalah lemak semula jadi yang terpisah dari coklat.

Coklat itu boleh dimakan namun rasanya mungkin kurang enak.

Oleh itu simpan coklat di tempat kering serta terhindar daripada cahaya matahari.

7. Telur

Telur tidak perlu di simpan di dalam peti sejuk, sebaliknya ia perlu diletakkan di tempat kering untuk memastikan jangka hayat yang lebih lama.

8. Stawberi

Yang suka borong strawberi banyak-banyak di Cameron Highlands tu, ingat ya strawberi yang disimpan dalam peti sejuk akan hilang rasa manis serta mengalami perubahan pada teksturunya.

Strawberi sebaliknya perlu disimpan di kawsan yang terbuka serta jauh daripada sinaran matahari.

Namun sebaiknya beli strawberi pada jumlah yang sederhana supaya ia boleh dihabiskan dalam tempoh secepat mungkin.

9. Roti

Roti merupakan antara makanan yang sering dimasukkan ke dalam peti ais bagi tujuan untuk mengelakkannya daripada ditumbuhi kulat.

Tapi sedar atau tidak suhu sejuk akan menyebabkan roti menjadi kering dan tidak lagi segar.

Kadangkala roti yang disimpan dalam peti untuk tempoh masa yang terlampau lama juga akan mengalami perubahan tekstur yang mana ia akan jadi terlampau lembut.

10. Oren

Buah yang berasid boleh rosak jika disimpan didalam suhu yang rendah.

Kulit buat juga boleh berubah menjadi pudar dan jadi berintik-bintik apabila disimpan di dalam peti sejuk.

Oleh sebab oren mempunyai kulit yang tebal dan keras, ia boleh tahan jika disimpan pada suhu yang lebih hangat

Nak kelihatan awet muda umpama wanita Jepun… apa kata cuba 8 tip ini

MEMILIKI wajah awet muda merupakan impian semua wanita.

Justeru itu, ramai wanita diluar sana yang mencemburui wanita Jepun yang bukan sahaja memilik kulit yang cantik, bersih dan berseri bahkan seolah-olah tidak dimamah usia.

Ini antara rahsia dan tabiat ketika makan wanita Jepun yang anda boleh cuba jika ingin kurangkan berat badan dan inginkan kulit cantik!

Makanan seimbang juga penting untuk kulit yang sihat dan awet muda.

1. Makanan sihat dan seimbang

Salah satu tip awet muda masyarakat di Jepun adalah makan makanan yang sihat dan seimbang.

Bak pepatah “You are what you eat” seorang pakar kecantikan di Jepun dan Ketua Pegawai Eksekutif Yibu Beauty, Steve Jan berkata apa yang dimakan akan mempengaruhi keadaan kulit seseorang itu.

Katanya, orang Jepun lebih gemar makanan yang berasaskan sayuran dan ikan, namun mereka kurang mengambil daging dan makanan tinggi gula.

Selain itu, wanita Jepun juga percaya bahawa teh hijau merupakan antara sumber yang menjadikan kulit seseorang itu cantik bercahaya.



Urutan wajah bantu hilangkan kedutan pada kulit.

2. Urutan wajah

Selain pemakanan, wanita Jepun juga percaya bahawa urutan wajah dapat menghilangkan kedutan pada kulit.

Mereka kebiasaannya akan memakai produk skincare kemudian mengurut lembut wajah dalam gerakan berpusing.

Amalan antipenuaan ini juga dapat membantu otot wajah rileks disamping meningkatkan peredaran darah.

Selain itu urutan ke atas pula dilakukan untuk membantu kulit muka yang jatuh.

Selain menggunakan tangan, aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan alatan mengurut.



Rutin membersihkan muka juga amat penting untuk kulit yang kekal cantik berseri.

3. Disiplin menggunakan skincare

Menurut HealthSite, wanita Jepun melakukan sekurang-kurangnya empat rutin penjagaan kulit iaitu pembersihan berganda, dan pelembapan berganda.

Pembersihan berganda ini meliputi pembersihan menyeluruh pada kulit dengan menghilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.

Pembersihan pertama menggunakan pembersih berasaskan minyak diikuti dengan pembersih berasaskan air sabun.

Untuk kelembapan berganda pula, lotion digunakan untuk melembutkan dan menghidrasi kulit.

Kebanyakan wanita Jepun melakukan aktiviti membersih wajah di malam hari sebelum tidur dan mereka melakukannya walaupun tidak memakai solekan di wajah.



Pelindung matahari juga penting untuk kekal awet muda.

4. Menggunakan pelindung matahari atau sunscreen.

Percaya atau tidak, wanita Jepun menggunakan pelindung matahari tidak kira apapun cuacanya.

Menurut doktor kulit, Dr Jenny Liu kebanyakan pelindung matahari yang digunakan wanita Jepun dan Korea dihasilkan dengan tekstur yang lebih ringan serta mudah diserap kulit agar si pemakai terasa nyaman dan selesa untuk menggunakannya di sebalik solekan.



Mandi air panas mempunyai faedahnya yang tersendiri.

5. Mandi air panas

Mandi air panas sambil menghidu essense oil dan menikmati minuman teh adalah antara rutin kecantikan wanita Jepun.

Menurut Stylist, sebuah kajian dari Ehime Universiti di Matsuyama, Jepun mendapati bahawa mandi air panas secara teratur dapat membantu mengendurkan otot serta menyihatkan jantung dan membantu peredaran darah yang lebih baik.

Orang yang mandi air panas sekurang-kurangnya lima kali seminggu menunjukkan simptom aterosklerosis atau penumpuan plak di arteri lebih rendah.



Teh hijau tinggi dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

6. Minum teh hijau

Wanita Jepun juga minum dua hingga empat cawan kecil teh hijau sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mereka.

Teh hijau dikatakan tinggi antioksidan dan sangat baik untuk membantu melindungi tubuh daripada rosak akibat terdedah kepada alam semulajadi dan penuaan.



Berhenti makan sebelum kenyang.

7. Berhenti makan sebelum kenyang

Di Jepun, kebanyakan keluarga akan duduk dan makan bersama.

Mereka juga akan berhenti makan ketika perut mereka baru 80 peratus penuh atau berhenti makan sebelum kenyang.

Pensyarah imunologi dari Universiti Sussex, Dr Jenna Macciochi menjelaskan, usus dan proses penghadaman memberi tekanan yang boleh membawa kepada keradangan yang dikatakan antara pendorong utama penuaan.

Otak memerlukan sekitar setengah jam untuk menyedari bahawa kita sudah berasa kenyang justeru itu adalah penting untuk kita berhenti lebih awal.



Senaman juga penting untuk kendurkan sendi.

8. Banyak bergerak

Wanita Jepun juga aktif bergerak dan melakukan aktiviti fizikal.

Mereka akan mengayuh basikal atau berjalan kaki serta melakukan aktiviti tai chi di taman.

Ketua perubatan di Now Patient, Dr Andrew Thornber menyarankan kita mengubah posisi duduk di kerusi setiap 30 minit atau berjalan kaki sebentar untuk mengendurkan sendi.

Anda alami masalah rambut gugur? Ketahui 5 cara mudah atasinya, guna bahan di dapur sahaja

PASTI kita semua mengimpikan memiliki rambut tebal dan berkilat serta kelihatan cantik sehingga boleh meningkatkan penampilan, betul tak?

Jika ya, inilah perkara yang patut anda lakukan untuk mendapatkan hasil sedemikian!

Isu penjagaan rambut yang biasa dihadapi oleh kebanyakan kita ialah “rambut gugur”.

Sama ada kerana pencemaran atau tekanan atau hanya kekurangan rutin penjagaan rambut – mengalami keguguran rambut adalah kekecewaan yang sebenar.

Sebelum ini, rambut gugur selepas dijangkiti Covid-19 juga menjadi kebimbangan.

Malah selebriti telah menggunakan media sosial untuk berkongsi kisah rambut gugur mereka selepas pandemik.

Nasib baik ada “minyak rambut berasaskan kelapa” dan masker rambut sebagai penyelamat.

Molekulnya menembusi jauh ke dalam helaian rambut kita serta akar, dengan itu menyuburkan rambut kita dari dalam ke luar.

Minyak rambut berasaskan kelapa mengandungi jumlah asid laurik yang baik membantu meningkatkan kesihatan kulit kepala dan mengurangkan rambut gugur.

Jika rambut gugur anda disebabkan oleh mendandan rambut dengan kerap (meluruskan dan kerintingkan) atau jika kerap mewarnakan rambut, sudah tiba masanya untuk menggunakan minyak rambut berasaskan kelapa secepat mungkin!

Tertanya-tanya bagaimana untuk mula “menjinakkan” rambut anda kepada kebaikan minyak rambut berasaskan kelapa?

Tidak perlu mencari lagi, ini senarai 5 kaedah boleh anda lakukan di rumah untuk mendapatkan semula kekuatan rambut dan mengucapkan selamat tinggal kepada rambut gugur:

1. Kelapa & madu

rambut 2

Madu membantu dalam mengekalkan kelembapan dan menambahkan kilauan pada rambut kita.

Masker rambut paling mudah ini berfungsi dengan baik untuk kesihatan rambut.

Apa anda perlu lakukan ialah tambahkan satu sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa yang dipanaskan dan satu sudu besar madu asli dalam mangkuk.

Kacau rata sehingga campuran seperti suatu adunan terbentuk.

Seterusnya sapukan masker rambut ini pada kulit kepala serta pada rambut dan biarkan selama kira-kira 20 minit.

Bilas bersih dengan air suam untuk hasil terbaik.

2. Coco-lemon!

rambut 3

Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu dalam penghasilan kolagen.

Kolagen memang sudah dikenali untuk meningkatkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, sifat antikulat lemon berfungsi dengan baik untuk rambut berminyak dengan menjaga kulit kepala supaya bersih dan membuka liang tersumbat.

Untuk membuat masker ini, tambah satu sudu minyak rambut berasaskan kelapa dan satu sudu jus lemon ke dalam mangkuk dan campurkan.

Sapukan campuran ini pada rambut kering dan biarkan selama 15 minit kemudian basuh rambut dengan syampu rutin anda.

3. Kelapa & pisang

rambut 4

Satu lagi topeng rambut yang mudah dibuat melibatkan kelapa dan pisang.

Pisang menjadikan rambut kita lembut, mengekalkan keanjalan semula jadi dan menghalang hujung bercabang dan pecah.

Masukkan setengah pisang dan satu sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa dalam pengisar dan kisar sebati.

Setelah satu pes terbentuk, masukkan ke dalam mangkuk dan urut kulit kepala anda dengannya.

Kemudian, biarkan selama 20 minit sebelum anda bilas dan gunakan syampu.

4. Kelapa & kuning telur

rambut 5

Jika berhadapan dengan masalah rambut menipis dan tidak bermaya – ini kaedah khas untuk anda!

Kuning telur kaya dengan vitamin yang membaiki helai yang rosak dan menghalang kerosakan rambut selanjutnya.

Untuk membuat masker ini, tambahkan satu kuning telur ke dalam mangkuk dan tambahkan dua sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa padanya.

Campurkan dengan betul dan sapukan masker pada rambut lembap.

Disaran menggunakan topi mandi(shower cap) untuk mengelakkan pes daripada menitis.

Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.

5. Amla, Shikakai & kelapa

rambut 6

Amla kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, serbuk shikakai menguatkan akar rambut kita untuk mengelakkan patah.

Apabila dicampur dengan minyak rambut berasaskan kelapa, kita akan mendapat masker yang baik menyuburkan rambut dari dalam ke luar.

Untuk membuat masker ini, campurkan satu sudu jus amla dan serbuk shikakai bersama dua sudu besar minyak rambut berasaskan kelapa.

Gaulkan kesemuanya dan biarkan adunan itu mendidih.

Selepas itu, tapis dan biarkan seketika sehingga ia menjadi suam.

Urut masker ke rambut anda dan biarkan semalaman.

Basuh dengan syampu biasa anda gunakan seperti biasa pada keesokan harinya.

Walaupun terdapat lima jenis masker minyak rambut berasaskan kelapa, tetapi anda boleh melakukan cara lain dengan hanya mengurut minyak rambut berasaskan kelapa hangat dan membiarkannya semalaman juga boleh memberikan kebaikan kepada rambut.

TIADA ISTILAH TERLEWAT DALAM MENYIMPAN EMAS

Jika seseorang berumur 40 tahun dan baru tahu akan kepentingan emas, mulakan sahaja kerana jika purata jangka hayat manusia sekitar 75 tahun, ada baki usia sekitar 35 tahun lagi untuk diperjuangkan.

Jika seseorang berumur 50 tahun baru ada kesedaran untuk menyimpan emas, mulakan sesegera yang mungkin kerana persediaan untuk hari-hari sebelum bersara wajib perlu dirancang lebih teliti.

Jika seseorang berumur 60 tahun, dan baru tahu akan pentingnya emas, mulakan segera kerana jika emas tersebut tidak bermanfaat untuk dirinya, emas tersebut insyaAllah akan bermanfaat untuk isteri dan anak-anaknya kelak.

Tiada istilah terlewat dalam melakukan sebarang perubahan ke arah kebaikan.

Newbie emas, mesti belajar simpan emas pada usia muda

Siapa cakap orang muda tak boleh simpan dan miliki aset?

Selain hartanah, emas adalah salah satu aset paling mudah dan murah nak simpan.

Apa yang orang muda perlu tahu tentang emas?

1. Emas adalah aset yang paling mudah dicairkan.

2. Emas sentiasa meningkat nilainya dari tahun ke tahun.

3. RM susut disebabkan Inflasi 5±% setahun, Emas meningkat purata 20% – 30% setahun malah lebih dari itu.

4. Simpan emas, dapat kawal nafsu berbelanja. Sesuai la untuk yang suka shopping tak ingat dunia.

5. Siapa yang simpan emas, kewangan mereka lebih terurus.

6. Kekayaan meningkat sebab emas makin tinggi nilainya.

7. Cepat simpan, cepat dapat bina kekayaan.

Sharing dari salah seorang pakcik..

?
?
?

“Menyesal tak simpan emas, tak beli hartanah, dan tak pernah memulakan bisnes sendiri…”

Sekitar tahun 2014 dulu, ada seorang pakcik yang usianya sudah menjangkau 50-an datang jumpa saya untuk dapatkan nasihat tentang emas dan bisnes.

Sambil kami berbual, pakcik tu beritahu saya; kekesalan dia waktu dia masih bekerja (berjawatan), dia hanya fokus pada kerja semata-mata.

Dia tak ambil peduli langsung pasal membina harta. Dan dia tak fikir langsung untuk buat bisnes di luar waktu kerja sebagai “backup plan”.

Dapat sesuatu …

Ada EMAS ada DUIT.. ada DUIT belum tentu ada EMAS…

10 cara nak manfaatkan emas sebagai simpanan peribadi.

Emas bukan hanya barang perhiasaan semata-mata tapi banyak lagi fungsi yang boleh digunakan terhadap emas.

Antara fungsi emas yang boleh digunakan:

1• Forgotten Saving.
Asas membina kekayaan adalah mesti menyimpan. Simpan secara paksa dan lupakan. Simpan emas lebih mudah dilupakan berbanding duit.

2• Dana Kecemasan.
Jadikan emas sebagai simpanan dana kecemasan. Bila perlu tunai mudah untuk dicairkan. Sebab selalunya nak simpan dana kecemasan dalam bentuk tunai agak sukar.

3• Merawat kebocoran Wang.
Emas dapat merawat kebocoran wang. Kita punyai tempoh bertenang untuk belanja (proses untuk tunaikan emas). Sebab emas sayang untuk dijual semula.

4• Backup Belanja Hangus.
Sebelum belanja, emas dijadikan cagaran untuk dapatkan tunai.

5• Simpanan Jangka panjang.
Emas dapat kekalkan kuasa beli dalam jangkapanjang. Simpan duit boleh menyebabkan kuasa beli menurun.

6• Pelindung kekayaan.
Emas satu-satunya aset yang takkan jatuh nilai jadi ZERO. Tidak boleh dimusnahkan dalam pelbagai cara sekalipun.

7• Modal Pusingan Bisnes.
Emas boleh digunakan untuk permulaan bisnes dengan memajakkan dulu di arrahnu untuk dapatkan tunai.

8• Sorok kekayaan.
Emas adalah aset yang tiada dalam mana-mana sistem kewangan dunia. Tiada siapa tahu berapa banyak emas yang telah kita simpan selagi ianya tidak diisytihar.

9• Backup Kejatuhan Matawang.
Emas nilainya tidak akan terjejas walaupun nilai matawang telah lumpuh. Ia tetap akan dipandang bernilai sampai bila-bila.

10• Wang keluar negara.
Emas juga boleh dijadikan sebagai wang keluar negara. Ia tidak terikat dengan kadar tukaran matawang asing.

NET WORTH & PRESTASI RINGGIT

Ringgit pernah jatuh 50% setahun ketika krisis kewangan 1997. Tahun 2015, ringgit jatuh sekitar 30%. Walaupun nombor dalam akaun di bank masih kekal, hakikatnya ia telah membocorkan Net Worth (nilai bersih Aset lepas tolak Hutang) kita.

Bila Ringgit jatuh, kuasa beli kita jatuh. Harga barang dalam negara naik mendadak.

Contoh paling mudah, cuba tengok harga lembu ibadah qurban. Tahun 2015, harga sebahagian lembu qurban sekitar RM550. Tahun 2016, harganya mencecah RM700 sebahagian!

Dan inilah antara faktor utama kenapa bilangan lembu ibadah qurban tahun 2016 jatuh mendadak berbanding 2015…

Jadi salah satu cara PROTECT net worth kita ialah menyimpan sebahagiannya dalam bentuk emas. Pakar kewangan Azizi Ali cadangkan 10% dari Net Worth perlu disimpan dalam bentuk emas.

Bila ringgit jatuh, harga emas akan naik. Bila dollar US jatuh, harga emas juga akan naik bagi mengimbangi kejatuhan itu. Ia adalah salah satu betuk ‘insuran’ kekayaan kita.

” NOW IT’S TIME TO RETURN OF THE GOLD DINAR, DON’T TRUST RINGGIT,RUPIAH,DOLLAR ETC…….”

#return_of_GoldDinar
#KeepGoldAndRemoveRiba
#JihadEkonomi

Bila Nak Untung Beli Emas?

Apa tujuan orang simpan emas dan bila nak untung?”

Sebenarnya, masyarakat di Malaysia masih belum jelas apa tujuan sebenar menyimpan emas. Kebanyakan anggap beli emas pada harga rendah dan kemudiannya jual tinggi sahaja. Kita tak tahu, apa tujuan sebenar orang-orang tua kita dahulu simpan emas.

“Oo nenek dan datuk saya simpan emas sebab mereka suka dengan emas.”

Sebenarnya bila dikaji lebih dalam, datuk nenek kita simpan emas sebab telah belajar dari kesilapan simpan semuanya dalam bentuk wang kertas.

Apabila dijajah, nilai wang mereka jadi 0. Bukan sekali malah beberapa kali iaitu ketika dijajah oleh British dan Jepun.

Yang lebih menyedihkan, ada yang tak nak simpan emas sebab takut kena zakat. Puncanya, kita sebagai orang Islam tak tahu apa syarat-syarat wajib zakat emas, mungkin malu bertanya agaknya.

Ini adalah beberapa tujuan antaranya:

✅

 Elak simpanan bocor

✅

 Elak meminjam wang dari orang

✅

 Tabung kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk emas.

✅

 Simpanan ibadah Haji

✅

 Simpanan beli aset hartanah

Pokok pangkalnya, saya cadangkan mulakan dengan ilmu terlebih dahulu supaya jelas matlamat yang hendak dicapai menerusi simpanan emas fizikal.

Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji, Elok Untuk Diabetes & Banyak Lagi Kelebihan Lain

nasi sihat tanpa kanji

Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia. Dari sarapan hingga ke makan malam, nasi memang wajib ada atas meja hampir semua rakyat Malaysia.

Nasi juga merupakan sumber karbohidrat utama dalam diet seharian kita. Namun begitu, nasi mengandungi kandungan kanji yang agak tinggi.

Jika pengambilan makanan berkanji tidak terkawal boleh menyebabkan risiko terkena diabetes, penyakit jantung dan peningkatan berat badan. 

Sebelum semua ini berlaku, maka lebih elok jika kita mencegahnya dari awal dengan mengamalkan cara masak nasi sihat tanpa kanji ini.

Cara tersebut telah dikongsikan oleh Zinnirah Muthalif di laman sosial Facebook. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.

Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji

1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air (3/4) atau agak-agak saja sampai penuh. Jangan penuh sangat, takut melimpah bila masuk beras nanti.

2. Basuh beras sebanyak 3 kali. Bila air dah mendidih, masukkan beras. Beras apa-apa pun boleh menggunakan cara ini.

nasi sihat tanpa kanji

3. Masukkan daun pandan jika suka, nasi akan bau lebih harum tapi tidak menjejaskan rasa nasi.

nasi sihat tanpa kanji

4. Biarkan mendidih selama 5 hingga 8 minit. Kalau nak tahu nasi dah lembut macam nasi atau tidak, picit beras sedikit. Bila dah lembut, boleh tutup api.

5. Bila dah angkat dari dapur, kanji akan mula kelihatan.

6. Tapis dan biarkan seketika. Kemudian masukkan semula dalam periuk dan tutup.

nasi sihat tanpa kanji

7. Kalau nak panaskan, letak atas api paling kecil dalam 2 minit.

nasi sihat tanpa kanji

Selepas dah ikut semua langkah ni, nasi sihat tanpa kanji sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kelebihan nasi yang dibuang kanji:

  • Tidak mudah basi
  • Rendah kanji dan gula
  • Sesuai dimakan untuk orang yang ada diabetes, orang tua dan orang yang nak diet
  • Tak leceh, 8 minit dah siap
  • Air kanji boleh guna untuk siram pokok, bagi minum kucing dan dijadikan masker muka.

Kredit: Zinnirah Muthalif