Archives for November 2021

Beza dengan emas, simpan 1gram 1bulan selepas 10 bulan akan ada 10 gram, tapi realitinya lebih dari itu. Hihi .. Itu pengalaman saya sejak mula menyimpan emas

Januari hingga Oktober dah setel. Tinggal 2 bulan sahaja lagi. Dah mula, baru tahu seronoknya

?

DUA perkara yang membuat kita sentiasa menang dalam simpanan emas ialah:

1. Mula bertindak
2. Konsisten tambah

Kalau bermula sahaja namun tak konsisten, memang susah juga nak cakap apa. Jumlah gram emas tak akan bertambah dengan sendirinya kalau kita sendiri tak tambah.

Walaupun emas naik tinggi, sudah tentu untungnya tak sama berbanding dengan orang sentiasa tambah dan tambah simpanan emasnya.

Contohnya ; Dalam 5 tahun simpan emas dan ada kenaikan RM 100 segram. Seorang hanya ada 1 gram. Dan seorang lagi ada 250gram.

Jauh bezanya! 

?

Itulah sebab, bila kita simpan emas, fokus kita pada pertambahan gram emas!

Bila emas sentiasa bertambah. Duit simpanan tak mudah bocor, untung pada pemurataan harga dan kenaikan emas untuk jangka masa panjang.

1gram 1bulan 1keluarga

Target 12 gram

Januari hingga Oktober dah setel. Now boleh grab November pula.

“ala, Sempat ke nak join misi 12 bulan?”

Sempat gais. Asalkan dah ada kesedaran dan bermula. Duit banyak berkepuk2, tapi tak ada kesedaran simpan emas, tak guna jugak?

Benda macam ni kena set matlamat.
Beli dulu 1gram. Da dapat, kita aim gram yang seterusnya.

Sampai la ke disember.

Anggap satu cabaran. Ala macam anda simpan duit dalam tabung berwarna tu.

Tapi saya tak berjaya cara simpan duit ikut warna. Jadi ini je cara saya simpan duit dalam bentuk emas. Make it fun!

Sedikit perkongsian..

Cara mudah utk uji emas terpakai samada tulen atau emas sadur..

?
?

1-seluar jeans

?

⇨gosok barang kemas tu di jeans. Jika berbau itu emas palsu.
Tiada bau emas tulen.

2- magnet

?

⇨Jika melekat emas tu pada magnet itu bukan emas tulen tapi tiruan kerana sifat logam itu melekat bila bertemu magnet.

⇨emas yg tulen tak akan melekat pada magnet.

3-ujian keasidan.

?
?
?

⇨bakar emas kemudian masukkan ke dalam asid hidroklorik (HCI)
Warna hitam akibat terbakar akan bertukar kepada warna asal emas selepas direndam di dalam asid jika emas betul.

⇨Emas 999 tidak akan berlaku apa² perubahan, warna tetap sama walaupun dibakar.
⇨Jika emas tiruan lepas bakar dan masukkan asid warna hitam itu tak kan berubah warna asal.

Kalau anda berminat utk beli emas terpakai, pastikan anda selalu bawa magnet bersama anda…(magnet heavy duty) itu alat paling mudah dan simple utk uji emas betul atau emas tiruan…so tak payah lagi susah2 nak bawa ke kedai emas utk check betul ke tidak emas ..tulen ke tak tulen …

?
?
?

  kecuali kalau kita mahu tahu gred emas tersebut samada emas 916 @ emas 750 dll hendaklah bawa ke Arrahnu utk sahkan.

Duit Myanmar hilang nilai 60% dalam masa hanya 4 minggu!

Nombor masih kekal sama, tapi nilainya sudah hilang.

Untuk mudah faham, kalau dulu untuk dapat sesuatu barang kena bayar RM100 (untuk konteks di Malaysia), tapi setelah 4 minggu berlalu (ya, hanya 4 minggu), mereka kena bayar RM250 untuk dapatkan barang yang sama!

Kes begini bukan kes terpencil. Ia sering terjadi saban tahun di banyak negara seluruh dunia.

Sebab tu saya selalu sebut, *duit kertas nilainya confirm jatuh dalam jangka panjang*. Bagi yang tahu sejarah mata wang, ianya sesuatu yang pasti terjadi…

Ingat tip penting ini; walaupun duit kertas itu di tangan kita, tapi nilainya bukan berada di tangan kita. Ini disebabkan nilai duit kertas tidak melekat pada kertas itu sendiri.

Tapi terletak pada kerajaan yang memerintah. Dan kerajaan itu juga bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau ekonomi dan politik tergugat, maka nilainya juga tergugat.

Kalau nak selamatkan kekayaan kita dari masalah digugat oleh faktor yang diluar kawalan kita, tukarkan kekayaan itu kepada emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenan itu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri. Ia tak perlu jaminan daripada sesiapa.

Selagi emas itu masih di tangan kita, maka kekayaan itu benar-benar di tangan kita.

Sumber berita : https://www.malaysianow.com/out-there-now/2021/09/29/myanmar-currency-drops-60-in-four-weeks-as-economy-tanks/?fbclid=IwAR39EPpagWaq3Abo_Anar03y_F8c284wxg2ZB0Hz73eisat9qcdpEA0jHus

Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1. Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.

 Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2. Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan.

Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3. Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja.

Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.

Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.

“Apa kelebihan simpan emas ya berbanding duit”

Ini antara soalan yang kerap ditanya daripada klien emas saya.

Sebenarnya mudah saja soalan ini. Jawapannya:

1. Ada emas, pasti berduit. Ada duit, belum tentu ada emas.

Daripada situ pun sudah membuktikan bahawa emas mendahului duit dalam soal menyimpan.

2. Kita selalu dihantui oleh masalah kebocoran wang. Masalah kebocoran ini sebenarnya berlaku tanpa sedar dan melibatkan emosi!

Ramai orang mengalami penyakit ‘parkinson kewangan’. Dapat gaji, habis dibelanjakan kepada keperluan. Kemudian takde dah baki untuk disimpan untuk beli rumah, kahwin dan simpanan anak-anak.

Inilah peranan yang terbesar sekali manfaat simpan emas. Emas boleh mengatasi masalah boros itu.

Bagaimana?
Bila simpan emas rasa sayang.
Bila simpan duit rasa nak belanja aje!

3. Simpan emas bukanlah penyelesai masalah kewangan. Ia cuma emas ada aura yang sangat kuat untuk menyimpan. Tanyalah orang yang simpan emas, nak ke jual? Susah benar mereka nak jualkan.