Kata guru kewangan saya…

Satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.

Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020) dan akan kekal rendah begini di tahun2 yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.

Kita tinggalkan wang for short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.

Memandangkan emas telah memberikan pulangan 9.5% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 612%), melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.

Speak Your Mind

*