Kempen simpanan emas

Jika mahu kaya, anda kena kumpul aset.
Lawan kepada kumpul aset adalah kumpul hutang.

Kumpul aset = meningkatkan kekayaan anda.

Terdapat 5 kelas aset yang boleh anda kumpulkan iaitu:

1. Tunai/matawang
2. Ekuiti
3. Aset yang menjana pendapatan tetap
4. Hartanah
5. Komoditi

Orang Barat melabelkan emas sebagai aset komoditi, namun sebagai orang Islam, emas boleh dilabelkan sebagai matawang komoditi..

Matawang komoditi adalah matawang yang mempunyai nilai atas dirinya sendiri.

Untuk mudah faham.

Emas tidak perlu dengan dicetak dengan sebarang nilai. Kerana berat emas sendiri memberikan ia nilai.

Kertas pula tiada nilai.


Manusia terpaksa cetak nilai keatasnya.
Barulah ia boleh diterima pakai.

Bila anda faham kelas-kelas aset maka anda kumpullah ia.

Dalam jangka masa panjang. Ia akan membina kekayaan untuk anda.

Keputusan ditangan kita masingĀ² untuk menilai.?

Speak Your Mind

*