NIAT

Orang yang suka menyimpan bukan bermakna mereka adalah orang yang kedekut. Bukan juga bermakna mereka nak cepat kaya, tetapi orang yang menyimpan adalah mereka merancang sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

Ada orang mungkin telah melalui perkara yang sukar, mungkin banyak musibah yang berlaku tanpa pengurusan duit yang betul dan tiada simpanan.

Salah satunya, mungkin di berhentikan kerja sedangkan simpanan tiada. Terpaksa meminjam dengan orang lain untuk menampung hidup.

Sebab itu, kesedaran menyimpan ini penting. Tidak kira kita buat simpanan dalam bentuk apa pun, yang penting simpanan tu ada.

Membelanjakan sebahagian duit untuk menyimpan emas adalah satu langkah dalam membina kewangan yang lebih baik pada masa akan datang, duit tersebut tidak hangus tetapi hanya berubah bentuk dari sekeping kertas kepada aset fizikal.

Emas sudah terbukti sebagai pelindung nilai yang terbaik sepanjang zaman, nilainya sahlaku di serata dunia. Emas adalah duit/matawang yang sebenar, bawa emas kemana-mana di seluruh dunia tetap laku sebagai duit.

Simpan emas bermakna simpan duit. Cuma bertukar bentuk sahaja. Jika kita seorang yang boros dan duit selalu bocor, boleh tukar kepada simpanan emas.

Semoga bermanfaat.

Speak Your Mind

*