Pada beribu tahun dahulu emas digunakan sebagai matawang untuk berjual beli, simpan emas pada waktu dulu sama seperti simpan duit.
Berbeza pada hari ini emas tidak lagi digunakan sebagai matawang untuk berjual beli, emas disimpan sebagai aset simpanan dan pelaburan.
Matawang kertas digunakan sebagai medium untuk kita berjual beli hari ini, tujuan penggunaan matawang kertas adalah untuk memudahkan urusan jual beli kita seharian.
Salah satu kelemahan duit kertas adalah nilainya tidak boleh bertahan lama, makin lama makin susut nilai. Itulah kita panggil inflasi!
Apa itu inflasi? Bahasa mudah nak faham; kita perlukan lebih banyak duit kertas untuk beli barang yang sama.
Contohnya 10 tahun lepas sebiji karipap harga 20 sen, hari ini sebiji karipap naik harga 50 sebiji. Dah la mahal, isi pun kurang berbanding dulu. Adehhh!
Emas adalah salah satu kaedah penyelesaian kepada masalah inflasi sebab emas adalah aset yang kalis inflasi. Sejak beribu tahun nilainya tetap stabil, apa yang berubah hanya harganya sahaja.
Gunakan emas untuk melindungi harta kekayaan kita pada masa depan, tukarkan sebahagian dari harta kita ke dalam bentuk emas sebagai insuran kewangan kita.
Sifu kewangan saya pesan; tukarkan 50% kekayaan kita dalam bentuk emas. Jika apa-apa berlaku pada ekonomi kita masih ada emas yang bernilai untuk digunakan.
Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk manfaatkan simpanan emas kita. Insyaallah.
Archives for November 2, 2021
I N S U R A N K E W A N G A N
Kata guru kewangan saya…
Satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.
Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020) dan akan kekal rendah begini di tahun2 yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.
Kita tinggalkan wang for short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.
Memandangkan emas telah memberikan pulangan 9.5% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 612%), melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.
????? ??? ?????? ???? ????
Susah ker simpan EMAS nie?
Jawapannya tidak susah mana. EMAS tak sama seperti aset-aset lain seperti Hartanah. Kalau aset lain perlukan modal yang besar dan perlukan dokumen-dokumen tertentu.
Tetapi EMAS tidak. EMAS kita boleh mula menyimpan berapa yang kita suka. Di Orodesign kita boleh mula menyimpan serendah 0.25g- 1gram.
Kalau mahu besar sikit boleh mula
1 Dinar ATAU 5gram ke atas. EMAS tak perlu apa-apa dokumen ATAU geran pemilikan. BELI dan SIMPAN sangat mudah.
Sebelum simpan aset besar-besar. Simpan dahulu aset kecil-kecil seperti EMAS. EMAS juga Real Property yang meningkat harganya.
Simpan EMAS ibarat kita sedang menyimpan aset bernilai tinggi. Jangan tunggu perfect time kerana ia tak pernah wujud.
・*:✼✿✿✼:*・・*:✼✿✿✼:*・・*:✼✿✿✼:*
Tips Simpan Emas 1 gram 1 bulan
Tips 1
Target simpan emas1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.
Tips 2
Setiap kali dapat gaji, terus beli1 gram emas. Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.
Tips 3
Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!
Senarai golongan yang wajib mulakan simpanan emas.
1. Susah kawal nafsu belanja
Bila simpan emas, susah nak cairkan. Boleh kurangkan belanja.
2. Untung berniaga tak tahu kemana
Bagi elak untung berniaga lesap tak tahu dimana dibelanjakan, selamatkannya dengan beli emas.
3. Simpanan di bank asyik bocor
Simpan di bank ke mesin ATM saja keluarkan. Tukar kaedah simpanan dengan simpan emas.
4. Mahu simpan jangka masa panjang
Simpanan jangka panjang terbaik ialah emas. Duit dalam jangka panjang menyusut nilai, tapi emas ianya kekal bernilai.
5. Tiada aset lain
Tak mampu nak beli aset yang besar seperti rumah dan tanah. Simpan emas dulu, kemudian tukar jadi aset yang lebih besar.
Harga emas terus meningkat by year
Apabila harga emas naik, tak kurang yang memanjatkan syukur. Tak kurang yang seronok. Tak kurang yang berasa gembira
Siapakah mereka yg bersyukur & gembira ni ?
Mereka yang sudah memiliki simpanan emas!
Mana tidaknya, jika emas dimiliki mereka 100 gram sebelum ini bernilai 20 ribu, kini 100 gram emas sudah bernilai 27 ribu. Kenaikan 7 RIBU!!
Emas ni macam rumah juga. Tahun 2010, sebuah rumah berharga 250 ribu. Tahun 2021, rumah yang sama kini bernilai 500 ribu.
Okay jum kita tengok HARGA vs NILAI
HARGA adalah masa kita beli, harga dibayar (masa dan ketika itu).
NILAI / value adalah pada masa yang akan datang (masa dan ketika dinilai mengikut nilaian matawang semasa).
Adakah nilai emas makin meningkat?
Jangka masa panjang, harga emas memang naik! Jika dulu 1 gram RM40, sekarang 1 gram hampir RM270
Apakah maknanya?
Gram emas sama, tapi harga emas meningkat. Jadi nilai emas pun meningkat. Hakikatnya, emas tetap emas, hatta habuk emas masih bernilai.
Beli emas untuk apa?
1. Persoalan yang sama saya hadapi masa mula-mula orang tua pesan: “ada duit lebih, simpan aset, simpan emas”.. Whatt?!? Bukan emas tu untuk gegirl je ke?
2. Taat punya pasal.. Ikut je lah.. Beli satu keping 1 Dinar emas dan simpan. Takde feel pape pun. Kaya pun tak, rasa tak berduit tu ade la sebab tak dapat buat ape lagi dah, sebab dah jadi emas.. Bulan depan beli lagi.. pastu beli lagi..
3. Tanpa disedari, dah berkeping-keping emas dalam peti simpanan. “Ok, kali ni rasa kaya sikit.” Kesimpulannya, simpan emas ni bukan nak cepat kaya tapi boleh kawal ketirisan simpanan, pastu pupuk budaya menyimpan dgn berkesan, menghargai titik peluh kerja sebulan yang tak dimamah inflasi.
4. Emas ni pelik. Kita baru simpan 1 gram pun member-member akan pandang kita tinggi. Walhal 1 gram je pun member start. handphone sekarang rata-rata harga RM2,500 dapat beli dekat 10 gram emas. Letak merata atas meja kat kopitiam, tak ada pulak kita takut
5. Takde pape yang pelik cuma bezanya apa yang kita tahu tentang emas, betul tak apa yang kita tahu & tindakan ada dibuat tak? Tu je..
Ni belum lebih dalam tentang inflasi, tentang sejarah harga emas, tentang nak pilih emas apa yang sesuai. Ni totally nak didik simpan dengan displin je.
Jadi, kalau nak faham tentang emas, jangan tanya member yang takde simpan emas. Tanya orang macam yang buat posting cenggini.. Insya Allah kefahaman akan datang.
Ramai orang anggap simpan emas hanya untuk duniawi sahaja.
Tahukah kalian jika niat kita betul, simpan emas boleh dekatkan diri kita dengan Allah dan Al Quran.
Saya kongsikan 4 perkara yang buat kita dekat dengan Allah.
1. Zakat emas
Dengan simpan emas kita mula akan ambil tahu berapa jumlah emas yang wajib zakat. Dalam Al Quran zakat di sebut sebanyak 37 kali.
Ada beza juga zakat emas 999.9 dan zakat emas 916. Nak tau beza kena gali dan korek ilmu dari ustaz dan pusat zakat.
MasyaAllah dengan simpan emas, Allah bagi peluang untuk kita lebih belajar.
Kalau kita tak simpan emas, kita berada dalam zon selesa. Jarang ambil tahu pasal zakat emas. Alangkah rugi nya.
2. Patuh shariah
Nak simpan emas kita akan cari yang patuh shariah. Kita akan mula belajar yang emas dibeli mesti dapat fizikal, baru ia patuh shariah.
Ia bukan sekadar tulis gm di buku bank tapi tidak boleh keluarkan fizikal.
Term yang digunakan untuk belian emas juga mesti betul. Jika main kutu emas pun boleh dikatakan tidak patuh shariah kerana harga emas berubah-berubah.
3. Ikut sunnah Nabi
Mata wang zaman Nabi adalah dinar dan dirham. MasyaAllah, best kan kalau kita simpan emas niat nak ikut cara Nabi.
Tengok dinar boleh terus selawat ingat Nabi.
4. Bantu orang lain
Dengan simpan emas, kita juga boleh bantu orang lain untuk mula menyimpan. Bagi kesedaran betapa penting menyimpan untuk masa depan. Dengan ada simpanan, kita takkan berhutang jika sesak. Boleh gadai emas yang ada.
Hutang ini amat membebankan.
Nak elak, mula simpan walaupun sikit.
InshaaAllah setiap perkara yang kita buat, niat kerana nak dekatkan diri pada Allah pasti akan Allah mudahkan.
Jadi pasang niat, aku simpan emas kerana Allah. Nak amal apa yang Allah sebut dalam Al-Quran.
Langkah Pertama
Bila dah ada ilmu asas emas, mulakan sekecil 1 gram. Tak perlu tunggu betul-betul faham baru mula. Formula mudah, kita hanya TUKAR bentuk simpanan sahaja.
Tukar dari duit kertas kepada duit sebenar iaitu emas. Ia tidak hangus.
.
Bila sudah mula beli emas;
.
1. Kita sudah ada BENCHMARK harga tersendiri. Lebih faham harga tinggi rendah untuk sesuatu tempoh masa.
.
2. Lebih cepat ABSORB ILMU emas. Bila baca dan dengar seminar, lebih cepat faham sebab boleh kaitkan dengan pengalaman pertama beli emas.
.
3. Lebih BERMOTIVASI untuk terus menyimpan emas. Bila ada emas ditangan,kita akan lebih bersemangat untuk tambah simpanan.
.
Jadi, jangan tunggu perfect time untuk bermula.
Kalau ada 1000 langkah untuk berjaya, langkah paling susah sangat ialah langkah pertama. Langkah seterusnya akan jadi lebih mudah.
???? ??????? ????
Bila sebut tentang Aset, pastinya ia sesuatu yg kita jadikan sebagai simpanan utk kegunaan masa depan.
Contohnya, ada orang jadikan rumah & tanah sebagai aset yg boleh dijual jika datang waktu kecemasan memerlukan duit.
Begitulah Emas sebagai aset umpama Rumah, adalah kita beli harini terus jual esok? Pasti kita akan simpan utk beberapa tempoh seperti 5-10 tahun sehingga nilainya makin tinggi utk kita mengaut keuntungannya. Cuma beza antara aset rumah&tanah, Emas lah paling mudah & cepat untuk kita cairkan semula bagi mendapatkan wang samada pajak di Arahnu @ dijual semula terus.
Ini kerana nilai Emas tidak dimakan inflasi seperti halnya wang kertas yg kita simpan sekarang. Dan nilainya terus berkembang dlm jangka masa panjang.
Tahun 2010 nilainya RM130 per gram, pd 2021 pula RM275 per gram. Peratusan kenaikannya sangat luar biasa terutama ketika zaman kegawatan ekonomi sekarang.