Ramai orang anggap simpan emas hanya untuk duniawi sahaja.

Tahukah kalian jika niat kita betul, simpan emas boleh dekatkan diri kita dengan Allah dan Al Quran.

Saya kongsikan 4 perkara yang buat kita dekat dengan Allah.

1. Zakat emas
Dengan simpan emas kita mula akan ambil tahu berapa jumlah emas yang wajib zakat. Dalam Al Quran zakat di sebut sebanyak 37 kali.

Ada beza juga zakat emas 999.9 dan zakat emas 916. Nak tau beza kena gali dan korek ilmu dari ustaz dan pusat zakat.

MasyaAllah dengan simpan emas, Allah bagi peluang untuk kita lebih belajar.

Kalau kita tak simpan emas, kita berada dalam zon selesa. Jarang ambil tahu pasal zakat emas. Alangkah rugi nya.

2. Patuh shariah
Nak simpan emas kita akan cari yang patuh shariah. Kita akan mula belajar yang emas dibeli mesti dapat fizikal, baru ia patuh shariah.

Ia bukan sekadar tulis gm di buku bank tapi tidak boleh keluarkan fizikal.

Term yang digunakan untuk belian emas juga mesti betul. Jika main kutu emas pun boleh dikatakan tidak patuh shariah kerana harga emas berubah-berubah.

3. Ikut sunnah Nabi
Mata wang zaman Nabi adalah dinar dan dirham. MasyaAllah, best kan kalau kita simpan emas niat nak ikut cara Nabi.
Tengok dinar boleh terus selawat ingat Nabi.

4. Bantu orang lain
Dengan simpan emas, kita juga boleh bantu orang lain untuk mula menyimpan. Bagi kesedaran betapa penting menyimpan untuk masa depan. Dengan ada simpanan, kita takkan berhutang jika sesak. Boleh gadai emas yang ada.

Hutang ini amat membebankan.
Nak elak, mula simpan walaupun sikit.

InshaaAllah setiap perkara yang kita buat, niat kerana nak dekatkan diri pada Allah pasti akan Allah mudahkan.

Jadi pasang niat, aku simpan emas kerana Allah. Nak amal apa yang Allah sebut dalam Al-Quran.

Speak Your Mind

*