PERKONGSIAN ILMU EMAS HARI NI
FAKTA MENGENAI EMAS DINAR
BENTUK EMAS DINAR
Bentuk emas dinar adalah bulat berbentuk syiling emas atau dikenali juga gold wafer. Jika jongkong emas berbentuk empat segi yang juga dikenali gold bar.
BERAT EMAS DINAR
Berat emas dinar iaitu syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Emas dinar diperbuat daripada emas 24 karat (999.9) serta mempunyai berat 4.25 gram untuk 1 dinar. Berat emas dinar ditetapkan seluruh dunia iaitu :
0.5 dinar emas beratnya 2.125 gram
1 dinar emas beratnya 4.25 gram
5 dinar emas beratnya 21.25 gram
10 dinar emas beratnya 42.5 gram
NILAI EMAS DINAR
Nilai emas dinar adalah stabil sejak zaman dahulu hingga kini tanpa dipengaruhi oleh kejatuhan nilai wang yang menunjukkan inflasi sifar atau pelindung kejatuhan nilai wang.
EMAS DINAR SEBAGAI PELABURAN
Simpanan dinar emas sebagai aset merupakan satu pelaburan terbaik yang memberi jaminan nilai dan lebih selamat dan menguntungkan.
Kelebihan EMAS DINAR sebagai pelaburan :
Tiada risiko kredit dan merupakan aset yang selamat dan nilai terjamin.
Emas aset yang sangat cair yang mudah dipajak waktu kecemasan wang.
Tidak boleh dimusnahkan kerana sentiasa bernilai terkena bencana, banjir atau terbakar.
Hak milik mutlak yang boleh diwarisi dan dipecahkan dengan mudah berbanding tanah yang susah dipecahkan.
Pelindung kejatuhan nilai wang dan inflasi.
Speak Your Mind