TAK ADA DUIT SUSAH TAK ADA PAHALA PAYAH

Bagi yang masih tercari-cari nak buat simpanan apa tahun ini, anda boleh mula dengan buat simpanan kecemasan dulu.

Kata pakar kewangan, minimum simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji.

Andai kata gaji kita RM3,000, jadi simpanan kecemasan kita sepatutnya RM9,000.

Inilah kita guna kalau ada perkara cemas berlaku tanpa kita duga.

Contoh tiba-tiba kita sakit, kereta rosak, atau diberhentikan kerja.

Simpanan kecemasan ni boleh letak dalam ASB atau Tabung Haji supaya tak terlalu mudah dan tak terlalu susah untuk dikeluarkan.

Cuma kalau tak mampu menahan nafsu terbelanja, boleh tukarkan dalam bentuk emas.

Lagi pun emas pun duit tunai juga.

Bila perlu cash, kita boleh pajak atau jual saja dan dapat duit on the spot.

Saya doakan kita semua berjaya ada simpanan kecemasan.

Kat dunia ni, tak ada duit keluarga kita jadi susah.
Kat akhirat, tak ada pahala kita jadi payah

Speak Your Mind

*