Cara Masak Nasi Untuk Sorang Makan, Baru Tak Membazir & Nasi Tak Berkerak

nasi untuk sorang makan

Rupanya ada cara mudah untuk masak nasi dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir, ngam-ngam nasi untuk sorang makan.

Jika masak nasi guna cara biasa tapi menggunakan beras yang sedikit, nasi akan jadi berkerak. Susah bila nak cuci nanti.

Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Amalina Aziz di bawah. Sangat praktikal untuk orang bujang dan buat mereka yang mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai.

Tips Masak Nasi Untuk Sorang Makan

1. Ambil beras setengah cawan dan basuh seperti biasa.

2. Isikan air hampir penuh cawan yang dah dimasukkan beras tadi. Pastikan gunakan cawan yang tahan panas.

3. Masukkan cawan tadi dalam rice cooker dan isi rice cooker dengan air separuh penuh.

4. Kemudian masak seperti biasa.

Siap dan boleh dimakan macam biasa! Selamat mencuba.

Kredit: Amalina Aziz

Speak Your Mind

*