Ibu Ini Kongsi Tips Muka Segar Berseri Walaupun Dah 4 Anak. Guna 3 Bahan Di Rumah Je

“Rasa tak bermaya je lately ni, muka pun nampak kusam dan berminyak. Umur dah macam ni memang malas nak pakai produk-produk. Apa nak buat ye?”

Bila dah jadi mak-mak ni, memang tak dapat lari daripada rasa letih. Seharian menguruskan keluarga bukan tugas yang mudah.

Rasa tak bermaya, sakit badan, muka pun tak ceria. Kadang-kadang kepenatan tu terpancar jelas pada wajah.

Apa kata kita cuba buat masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni supaya dapat segarkan muka dan sekaligus kembalikan rasa ceria.

CARA BUAT MASKER 3 BAHAN UNTUK KULIT BERMINYAK

Katanya, mungkin jarang orang buat masker macam ni. Tapi sebenarnya kalau diamalkan ia sangat berkesan.

Kalau tak percaya cuba buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.

Caranya mudah saja, bahan pun biasa ada dekat rumah.

BAHAN-BAHAN

  • Oat
  • Putih telur
  • Lemon (optional)

Oatmeal ni selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.

Telur pula berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Campuran kedua-dua bahan ini boleh dijadikan rawatan kulit berminyak di rumah yang sangat mudah. Sedikit titisan lemon pula memberi aroma yang wangi dan menyenangkan!

CARA-CARA

1. CAMPUR BAHAN

Cara nak buat masker ni senang je.

Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.

Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.

cara atasi muka berminyak

2. SAPUKAN PADA MUKA

Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.

3. BIARKAN SEKEJAP

Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.

4. BILAS

Akhir sekali, bilaslah dengan air suam. Muka anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?

Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

JOM CUBA!

Mudah kan? Cuma nak kena rajin sikit ambil masa untuk manjakan kulit muka kita. Dah seharian suntuk sibuk dengan kerja, sesekali buat masa nak tidur pun apa salahnya kan.

Yang penting ianya mudah, jimat dan berkesan.

Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, jomlah share dengan kami!

*Perkongsian asal tips ini adalah oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI

kredit kepada siraplimau.com

Speak Your Mind

*