Jangan Tersalah Beli, Rupa-Rupanya Ada Bunga Lawang Beracun!

Bunga lawang sering digunakan dalam masakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih enak. Selain digunakan dalam masakan, bunga lawang juga ada kegunaan tersendiri untuk kesihatan dalam serta luaran.

Bunga lawang sering digunakan dalam masakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih enak. Selain digunakan dalam masakan, bunga lawang juga ada kegunaan tersendiri untuk kesihatan dalam serta luaran.https://3f7fcdf41e7ee0b491fada23d4f1f938.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Walau bagaimanapun, terdapat juga bunga lawang yang beracun seperti perkongsian saintis Dr Suri Roowi tentang perkara berkenaan. Menurutnya bunga lawang beracun boleh membawa maut dan membahayakan kesihatan.

JANGAN TERSALAH BELI, RUPA-RUPANYA ADA BUNGA LAWANG BERACUN

Bunga lawang ada yang beracun? Terdapat 2 jenis bunga lawang iaitu bunga lawang Cina dan bunga lawang Jepun. Bunga lawang cina tidak beracun manakala bunga lawang jepun beracun:

– Bunga lawang Jepun (Rujuk Gambar) mirip bunga lawang Cina, tetapi buahnya lebih kecil dan baunya kurang.

bunga lawang beracun

– Bunga lawang Jepun biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit. Bahan toksin dalam bunga lawang Jepun dikenali sebagai anisatin

– Terdapat kemungkinan produk bunga lawang Cina dicemari dengan bunga lawang Jepun. Ini kerana, agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.

– Terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru,  elakkan memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak

– Di Eropah, bunga lawang Cina sering digunakan sering dicampurkan dalam minuman teh untuk kurangkan stress. Walaubagaimanapun, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan bunga lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

Speak Your Mind

*