Kena Rendam Dulu, Baru Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam

tempe jadi garing

Nak goreng tempe nampak mudah kan. Tapi sebenarnya ada petua menggorengnya supaya tempe jadi garing di luar dan lembut di dalam.

Kalau ikut cara orang Johor, tempe dicicah dengan sambal kicap. Memang padu katanya.

Jom lihat tips di bawah ini yang merupakan perkongsian oleh Norizam Salina.

Petua Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam

Siapa peminat tempe. Tips GORENG TEMPE DALAM LEMBUT. Kalau tempe nak sedap. Goreng taknak keras…

Cara-caranya:

1. Rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia. (rendam 30 minit atau 1 jam boleh je)

2. Nanti goreng macam biasa. Tapi dalam dia lembut. Sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.

Kredit: Norizam Salina

Speak Your Mind

*