Archives for November 18, 2021

Ibu Ini Kongsi Tips Muka Segar Berseri Walaupun Dah 4 Anak. Guna 3 Bahan Di Rumah Je

“Rasa tak bermaya je lately ni, muka pun nampak kusam dan berminyak. Umur dah macam ni memang malas nak pakai produk-produk. Apa nak buat ye?”

Bila dah jadi mak-mak ni, memang tak dapat lari daripada rasa letih. Seharian menguruskan keluarga bukan tugas yang mudah.

Rasa tak bermaya, sakit badan, muka pun tak ceria. Kadang-kadang kepenatan tu terpancar jelas pada wajah.

Apa kata kita cuba buat masker mudah yang dikongsikan oleh Puan Yanie Rosdi ni supaya dapat segarkan muka dan sekaligus kembalikan rasa ceria.

CARA BUAT MASKER 3 BAHAN UNTUK KULIT BERMINYAK

Katanya, mungkin jarang orang buat masker macam ni. Tapi sebenarnya kalau diamalkan ia sangat berkesan.

Kalau tak percaya cuba buat sebelah muka dan tengok perbezaannya nanti.

Caranya mudah saja, bahan pun biasa ada dekat rumah.

BAHAN-BAHAN

  • Oat
  • Putih telur
  • Lemon (optional)

Oatmeal ni selain baik untuk jantung dan menyerap minyak atau kolesterol berlebihan, ia juga bagus untuk mengurangkan minyak di wajah.

Telur pula berfungsi untuk mengecilkan pori-pori di wajah sehingga mengurangi pengeluaran minyak yang berlebihan.

Campuran kedua-dua bahan ini boleh dijadikan rawatan kulit berminyak di rumah yang sangat mudah. Sedikit titisan lemon pula memberi aroma yang wangi dan menyenangkan!

CARA-CARA

1. CAMPUR BAHAN

Cara nak buat masker ni senang je.

Mula-mula, campur dan gaulkan semua bahan sehingga membentuk pes.

Lemon tu optional, untuk wangikan dan tambah kesegaran. Kalau tak ada pun tak apa.

cara atasi muka berminyak

2. SAPUKAN PADA MUKA

Kemudian, oleskan pada bahagian muka dengan rata. Muka akan terasa sejuk je.

3. BIARKAN SEKEJAP

Selepas itu, biarkan selama sekurang-kurangnya 30-45 minit atau sehingga kering. Seeloknya buat masa nak tidur, senang sikit tak perlu nak bergerak-gerak.

4. BILAS

Akhir sekali, bilaslah dengan air suam. Muka anda akan terasa lebih segar, bersih, bebas minyak dan makin berseri walaupun dengan solekan yang paling minima. Yalah, kita yang ada anak 4 orang ni kadang-kadang mana sempat nak make up setiap kali keluar, kan?

Cuba amalkan 2-3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberangsangkan.

JOM CUBA!

Mudah kan? Cuma nak kena rajin sikit ambil masa untuk manjakan kulit muka kita. Dah seharian suntuk sibuk dengan kerja, sesekali buat masa nak tidur pun apa salahnya kan.

Yang penting ianya mudah, jimat dan berkesan.

Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, jomlah share dengan kami!

*Perkongsian asal tips ini adalah oleh Puan Yanie Rosdi dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips, boleh follow beliau di SINI

kredit kepada siraplimau.com

Tips Viral Untuk Tutup Pori Kulit Wajah Dengan Berkesan, Rupanya Guna 3 Bahan Ini!

“Macam mana nak buat la kulit muka aku ni, nak pakai bedak pun susah sebab asyik nampak lubang-lubang pori”

SUSAHNYA BILA PORI KULIT MUKA SENANG ‘TERBUKA’

Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang-kadang nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ni, salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut #tipscantikmyfa ni. Guna bahan didapur je!

BAHAN-BAHAN

Pisang, yogurt dan madu asli.

1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.

2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.

3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.

Ketiga-tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa apply Argan oil dan honey bee macam biasa sebelum tidur. Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa makeup tebal untuk tutup pori itu!

Tips Dapatkan Kulit ‘Flawless’ Dengan Halia & Cuka. Jimat, Tak Payah Pergi ‘Facial’

“Aduh, muka ni asyik nak naik jerawat je. Padahal hari-hari dah cuci muka. Bukannya murah kalau nak pergi buat ‘ facial treatment’ tu selalu. Apa tips nak dapatkan kulit licin dan ‘flawless’ tanpa berbelanja lebih?”

Memang stres bila muka mula naik jerawat, whitehead, blackhead, jeragat, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Dah berjenis-jenis pencuci muka dan produk kecantikan yang kita guna, tapi tetap tak ada kesan pun pada muka.

Kalau nak tahu, ada cara mudah untuk anda mengekalkan keremajaan dan mendapatkan kulit yang licin berseri dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda.

Tak percaya? Cubalah tips yang disumbangkan oleh Che Mira Kimora ini.

“Aduh, muka ni asyik nak naik jerawat je. Padahal hari-hari dah cuci muka. Bukannya murah kalau nak pergi buat ‘ facial treatment’ tu selalu. Apa tips nak dapatkan kulit licin dan ‘flawless’ tanpa berbelanja lebih?”https://9a71eae0a67aa70fe28ad2ba54538482.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Memang stres bila muka mula naik jerawat, whitehead, blackhead, jeragat, dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Dah berjenis-jenis pencuci muka dan produk kecantikan yang kita guna, tapi tetap tak ada kesan pun pada muka.

Kalau nak tahu, ada cara mudah untuk anda mengekalkan keremajaan dan mendapatkan kulit yang licin berseri dengan hanya menggunakan bahan yang mudah didapati di dapur anda.

Tak percaya? Cubalah tips yang disumbangkan oleh Che Mira Kimora ini.https://9a71eae0a67aa70fe28ad2ba54538482.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR BAK RAWATAN ‘FACIAL’ BERNILAI RM250

Menurut Che Mira Kimora, walaupun hanya menggunakan bahan yang murah dan mudah, wajah mula nampak bersinar, bersih dan ‘flawless’. Tiada lagi flek-flek hitam pada wajah selepas mengamalkan tips ini dengan konsisten. Inilah rahsianya menjaga kulit sentiasa nampak segar dan awet muda.

Bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara-caranya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan cuka
  • 2 ketul halia (bersih dikupas)
  • Sediakan 1 bekas kaca
  • 1 mangkuk kecil kiub ais

CARA-CARA:

1. PERAP HALIA DENGAN AIR CUKA

Pertama sekali, hiris halia nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, rendamkan ke dalam air cuka semalaman biar halia sebati dengan air cuka.

Antara manfaat cuka untuk wajah adalah mengecutkan jerawat, anti-penuaan, dan menghilangkan kotoran pada wajah.

2. GOSOK PADA WAJAH

Kemudian, gosok kepingan halia yang sudah diperap secara perlahan-lahan di permukaan kulit muka. Buat selama lebih kurang 10 minit.

Jangan risau, tak ada rasa pedih. Kalau takut timbul sebarang reaksi, cuba dalam kuantiti sedikit dulu. Lepas 2-3 minit kalau tak ada sebarang alahan, boleh teruskan penggunaan.

3. BILAS DENGAN AIR

Selepas gosok kepingan halia tadi pada muka, bilaskan dengan air hingga bersih.

4. GOSOK MUKA DENGAN AIS

Akhir sekali, gosok muka dengan kiub ais. Fungsinya adalah untuk mengecilkan kembali pori-pori.

Halia yang dah guna bolehlah dibuang ya.

5. SIMPAN STOK LEBIHAN

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Boleh tahan 3 minggu! Senang, kan?

Semua amalan ini memang diamalkan oleh Che Mira Kimora sebanyak 2-3 kali seminggu. Rutin yang mudah untuk beliau yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat.

Tambah beliau lagi, kalau konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat-sangat mulus. Kulit muka bersih mulus tanpa flek hitam. Jeragat pun ‘seram’ nak membiak. Paling penting, menaikkan seri wajah.

NILAH HASILNYA

Beginilah hasilnya. Berbeza tak dulu dan sekarang? Kena rajin dan gigihlah sikit, tapi memang berbaloi.

Jadi, apa tunggu lagi. Bahan-bahan semuanya dah tersedia di rumah. Mudah saja caranya.

Manalah tahu boleh nampak 10 tahun lebih muda!

Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Saja!

“Aduh, stres betul bila rasa kulit muka menggerutu dan kasar. Rupanya, dah banyak whitehead dan blackhead yang berkumpul…”

Whitehead dan blackhead adalah salah satu musuh utama wanita selain jerawat. Yalah, siapa tak mahu wajah licin dan ‘flawless’ kan?Kedua-dua ‘makhluk’ ini memang selalu menyerang wajah, terutamanya bahagian zon T – iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini merupakan kawasan paling berminyak pada muka.

Biasanya cara mudah nak hilangkan kedua-dua whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker atau kertas khas yang dibeli dari farmasi. Tapi kadang-kadang mesti ada masanya kita malas nak keluar dan mencari semua barang tu.

Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Bajetnya cuma RM0.40 saja! Macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.

CARA BUANG WHITEHEAD & BLACKHEAD SERENDAH RM0.40. GUNA 2 BAHAN SAJA!

Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan tau.

BAHAN-BAHAN

  • Sebiji telur (diambil putihnya)
  • 3 keping kapas muka

CARA-CARA

Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead tersebut dengan jayanya.

1. Asingkan Putih Telur

Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.

2. Rendamkan Kapas

Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.

Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam

Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas

Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.

Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.

5. Angkat

Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.

Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.

MUDAH & MURAH. TAPI CUKUP BERKESAN

Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Kongsikan dengan kami bagaimana hasilnya nanti.

Jika anda ada sebarang tips lain untuk dikongsikan, kami amat mengalu-alukannya!

9 Cara Semulajadi Hilangkan ‘Blackhead’ & ‘Whitehead’ Pada Wajah

“Eiii banyaknya blackhead kat T-junction aku ni.Mesti sebab kulit muka aku yang berminyak jadi punca muka yang berlubang-lubang dan bintik hitam! Stress betul lah. Dengan kerja yang banyak sekarang ni, memang tak sempatlah nak buat facial spa bagai. Tak ada petua hilangkan blackhead yang boleh DIY di rumah sajakah?”

Kulit muka yang berminyak memang berpotensi untuk mengalami masalah pada liang pori. Apabila liang terbuka, ia mengundang masalah lain seperti blackhead, whitehead dan jerawat.

Selain kulit muka berminyak, sinaran matahari yang terlalu banyak juga boleh merosakkan kolagen kulit secara tak langsung membuka liang di muka dan menyebabkannya tersumbat. Apabila usia meningkat, masalah liang pori turut meningkat.

Facial spa antara pilihan yang boleh dilakukan untuk merawatnya. Namun, petua hilangkan blackhead dan whitehead menggunakan bahan semula jadi juga boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah pembukaan liang pori di muka.

petua hilangkan blackhead

PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori anda boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah

1. AIS

Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

Petua hilangkan jerawat

2. CUKA EPAL

Menegangkan kulit, mengurangkan pores dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.

Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

Cara buat air detox

3. PUTIH TELUR

Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

petua rebus telur tak pecah

4. SKRUB GULA

Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!

Foto Kredit: savynaturalista.com

5. SODA BIKARBONAT

Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.

Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

cara hilangkan gatal

6. JUS LEMON

Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.

Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!

Foto Kredit: ai.ro

7. TIMUN

Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.

Foto Kredit: freefoodphotos.com http://www.freefoodphotos.com/imagelibrary/vegetables/slides/chopped_cucumber.html

8. YOGURT

Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.

Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.

yogurt

9. OAT

Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.

Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

petua hilangkan blackhead

LAKUKAN SECARA KONSISTEN

Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.

Dengan mengamalkan petua hilangkan blackhead di atas dan menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!

Basuh Beras Jangan Kosong, Amalkan 6 Cara Ini & Selit Doa

Nasi merupakan makanan wajib dihidangkan di setiap rumah dan dikategorikan sebagai makanan ruji. Sudah pasti anda tahu bahawa terdapat beberapa adab dalam Islam tentang tatacara membasuh beras sebelum dimasak. Petua ini juga bukan sahaja boleh menjadikan beras yang dimasak semakin sedap dimakan, malah beras yang dibasuh beserta doa ini juga dapat menjadikan makanan yang dimasak lebih diberkati.

Ingatkan diri sendiri balik. Kadang dah siap basuh beras, baru teringat tak baca apa apa. Nampak simple je, tapi besar ganjarannya. Rugii tak buat. Doa ibu kan makbul. Masa masak nasi, kita letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmatNya. InshaaAllah nasi yang kita makan bukan sekadar untuk kenyangkan perut, tapi juga untuk sihatkan badan, hati dan fikiran seisi keluarga yang memakannya.

Biasa kita basuh dan bilas beras 3 kali kan? Boleh ikut tips ni. InshaaAllah tak lupa.

1. Basuhan pertama baca Al-Fatihah.

2. Basuhan kedua baca Selawat 7 kali.

3. Basuhan ketiga baca Al-Ikhlas

4. Akhir sekali dah letak air, sebelum tutup periuk nasi tu, baca doa ni.

Laysa Lahaa Min Duunillaahi Kaasyifah (Tidak ada penyembuh selain dari ALLAH)

5.Basuh guna tangan kanan.

6.Kacau arah lawan jam, arah pusingan tawaf.

doa basuh beras

Nak diri sendiri, anak atau pasangan lembut hati boleh tambah baca zikir Ya Latiif juga. Semoga bermanfaat. Diizinkan share untuk manfaat keluarga yang lain. InshaaAllah.

Sumber: Hazie Kosnin