Archives for January 2, 2022

5 Pesanan

Hati yang resah, gelisah dapat ditenangkan dengan mengamalkan 5 doa ini

HATI sering dikuasai perasaan galau, gelisah dan sedih? Ia merupakan perkara biasa yang sering terjadi kepada manusia disebabkan pelbagai faktor.

Selain disebabkan tekanan dan faktor sekeliling, pemakanan seperti pengambilan kafein boleh mengaktifkan hormon adrenalin di dalam tubuh. Akibatnya seseorang mudah berasa gelisah.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menjauhkan diri daripada pelbagai perasaan tidak baik di dalam hati.

Sebagai seorang Muslim memohon pertolongan Allah SWT adalah paling mujarab dengan mengamalkan doa agar hati menjadi tenang.

0024375Heartbreak1780x390

Hati yang galau, gelisah adalah lumrah kehidupan manusia.

Berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan untuk menjadikan hati lebih tenang dan tenteram.

DOA 1: Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” (Sahih Ibnu Hibban)

DOA 2: Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)

DOA 3: Hasbunallah wanikmal wakil.

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami. (Surah Al-Imran Ayat 173)

Berdoa

Berdoalah dengan sesungguhnya kepada Allah.

DOA 4: Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

DOA 5: Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh. (Sahih Bukhari)

Semoga yang baik-baik sahaja 2022 ni

Tazkirah rezeki

Bye 2021…Hello 2022..