Archives for January 13, 2022

Malam ini…

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi – 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh).

Pilihlah mana-mana yang dihajati…

1 – Solat sunat wuduk.

2 – Solat sunat tahajud.

3 – Solat sunat taubat.

4 – Solat sunat tasbih.

5 – Solat sunat hajat.

6 – Solat sunat istikharah.

7 – Solat sunat witir.

Selepas Azan Subuh

1 – Solat sunat subuh.

2 – Solat fardu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah).

7.15 pagi – 8.15 pagi

1 – Solat sunat isyrak.

8.15 pagi – 11.00 pagi

1 – Solat sunat duha.

Apabila Gelincir Matahari

1 – Solat sunat zohor.

2 – Solat fardu zohor.

3 – Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar

1 – Solat sunat asar.

2 – Solat fardu asar.

Selepas Azan Maghrib

1 – Solat sunat Maghrib.

2 – Solat fardu maghrib.

3 – Solat sunat selepas maghrib.

4 – Solat sunat awwabin.

5 – Solat sunat taubat.

Selepas Azan Isyak

1 – Solat sunat isyak.

2 – Solat fardu isyak.

3 – Solat sunat selepas isyak.

4 – Sola sunat witir.

Hari Jumaat

1 – Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid)

.2 – Solat sunat wuduk

3 – Solat sunat taubat.

Semoga dapatlah kita amalkan insha AllahSemoga bermanfaat.

AamiinWallahualam

May be an image of text that says 'SOLAT SUNAT (Penting dlm Kehidupan) .SUNAT TAHAJJUD rakaat •Ayat Al-Kursi 7x .Ayat Al-Ikhlas 11x SUNAT TAUBAT -2 rakaat .Ayat Al-Kursi 11x Ayat Al-Ikhlas 11x .Sujud terakhir Tasbih 40x (laailaaha illaa anta subhaa naka innii kuntu minazzhoolimin) SUNAT NIKAH -2 rakaat .Surah Al-Kaafıruun Surah Al-Ikhlas .SUNAT ISTIKHARAH (berhajat/bercita2/ ragu2) -2 rakaat .Surah Al-Kaafıruun .Surah Al-Ikhlas SUNAT HAJAT (kesulitan/keinginan/ kehendak) 2 rakaat Ayat Al-Kursi 7x Ayat Al-Ikhlas 1x'

Resepi Bubur Lambuk

Bahan2..

2 mug beras ( rendam dlm 20min)

Daging ( 1/2 kg…campur yg berlemak)

Rempah sup..( 1 bungkus kecil)

Santan.. (.250 ml)

Lada hitam..

3 sb.Bwg merah…

3 biji.Bwg putih…

8 ulas.Halia….

2 jari.Kentang.

Lobak merah.

Daun sup.

Bwg goreng

Cara2…

Blend bwg2 & halia…tumis sehingga bwg agak garing.

Masukkan rempah sup….tumis sehingga rempah masak.

Masukkan daging…gaul sebati & masukkan beras.

Goreng beras seketika…masukkan air.

Rebus beras sehingga nmpk lembut.

Masukkan santan & garam..Lada hitam serbuk masukkan juga.

Masukkan kentang & lobak merah..

Bila sayur dah lembut…tabur daun sup & bwg goreng…Sesuaikan rasanya..

Bubur Lambuk siap.

*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan…*yg penting…berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.

kredit: jamal & asmahan

May be an image of food and indoor

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA:

1. Sembahyang jemaah bersama-sama.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.

3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari

.4. Mandi bersama sekali-sekala.

5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.

6. Isteri tidur di atas lengan suami.

7. Mesra dengan suami.

8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU

9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.

10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.

11. Berhias untuk pasangan masing-masing.

12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.

15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.

18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.

19. Bentuk sifat cemburu yang positif.

20. Jadilah suami yang pemaaf.

21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.

May be an image of one or more people, headscarf and text

CARA BUAT KUIH LOPES PALING MUDAH

Bahan-bahan untuk pulut:

  • 2 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
  • Kelapa parut secukupnya

Bahan air gula melaka:

  • 1 keping gula melaka
  • 1 cawan gula perang
  • 5 cawan air
  • 1 helai daun pandan

Cara memasak:

1. Basuh beras pulut (tak perlu rendam), masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.

2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dan sejuk, gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.

cara buat kuih lopes

3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas yang sesuai. Kemudian bentukkan bulat (boleh guna cawan).

cara buat kuih lopes

4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.

5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.

6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.

Kredit: Shahera Ilani

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • Sedikit halia
  • 1 Inci kunyit hidup
  • Sedikit daun kunyit hiris halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 kotak santan
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • 3 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji telur

Nota: Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis

Cara-cara untuk menyediakan pepes

Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan dan gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.

Langkah seterusnya, kisar telur dan isi dada ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu tambah air.

Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi. Kemudian, campurkan bahan yang ditumis bersama ayam dan gaul sehingga sebati.

Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung. Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.

Hasil yang telah dibungkus.

Kukus dan bakar

Langkah selanjutnya, kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan. Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.

Siap untuk dihidang

Nota: Buat korang yang tak ada daun pisang, korang boleh masukkan saja dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak. Dah siap baru potong dan bakar. Selamat mencuba!