Archives for January 30, 2022

Petua kecantikan kulit muka

May be an image of 2 people, cosmetics and text that says 'Cara kecilkan pori hingga kulit jadi glowing'
May be an image of 1 person and text that says 'KAPAS BASAH 1. Ambil kapas dan rendam didalam air sejuk 2. Tampal kapas itu pada bahagian utama di wajah -kedua belah pipi, dahi, dagu dan hidung. 3. Biarkan di atas kulit selama 3-5 minit. 4. Kalau ada sisa kapas yang basah pada wajah, boleh tepuk-tepuk dengan tangan yang bersih sehingga semuanya menyerap dalam kulit.'
May be an image of 1 person and text that says 'GOLEK AIS 1. Ambil seketul ais dan golek di seluruh muka 2. Waktu terbaik sebelum apply skincare atau makeup 3. Kulit muka akan nampak lebih licin dan glowing'
May be an image of 1 person and text that says 'PUTIH TELUR + YOGURT 1. Ambil putih telur dan Campurkan dengan 1 sudu yogurt perisa asli 2. Sapu ke seluruh muka 3. Tunggu 15-20 minit 4. Kulit akan rasa sedikit tegang lepas cuci. Jangan lupa apply moisturizer untuk jaga kelembapan kulit.'

??????? ?????? ????????? ??????? INSTAGRAM: danish.harraz

Bahan-bahannya:-

1½ (180g) cawan Tepung Gandum
¼ cawan (27g) Cocoa Powder
1 sudu teh Baking Powder
½ sudu teh Baking Soda
¼ sudu teh Garam Halus
½ cawan (143g) Greek/Plain Yogurt (boleh juga guna Sour Cream)
½ cawan ditambah 2 sudu besar lagi Gula Kastor (123g)
⅓ cawan (75ml) Olive Oil
1 sudu teh Vanilla
½ cawan (125ml) Full Cream Milk
1 cawan Chocolate Chips + untuk topping
(Danish guna ¾ cawan Dark Chocolate dan ¼ cawan White Chocolate. Boleh lebih kurangkan ikut mahu manis macam mana. Boleh juga guna semua dark chocolate chip)

TIPS:-

Resepi ini Danish BUAT guna SUKATAN CAWAN BAKING. Boleh doublekan adunan.
.
Hasil resepi muffins Danish share ikut cara/bahan yg Danish buat/guna. Jika mahu ubah bahan lain dari apa yg dicadangkan, kena cuba sendiri ya.

Pastikan adunan tidak terlebih gaul selepas masukkan bahan kering, nanti muffin keras.

Guna dark chocolate chips yg tak manis. Jika guna chocolate chip biasa/manis boleh kurangkan 1 atau 2 sudu besar gula, jika mahu.

Cara lain Danish buat adunan diatas, Danish masukkan SUSU selepas bahan kering digaul rata.Tapi Danish risau jika ada yang ter over mix jadi Danish share cara seperti dalam video. Boleh juga ikut seperti yang Danish buat tapi pastikan tak over mix.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20-25 minit pada suhu 170°C, bergantung suhu oven masing-masing tapi jangan terlebih bakar, nanti kering. Danish bake selama 25 minit.

Berapa biji muffins dapat, bergantung dengan berapa besar saiz muffins cup yang diguna.

Eggless Chocolate Muffins ini akan lebih moist selepas disimpan semalaman. Lebih lama disimpan lebih moist. Simpan muffins dalam bekas kedap dalam suhu bilik.

#DanishsRedKitchen
#EgglessTripleChocolateMuffinsDH

??????’? ?????? ??????? ? ?????? #??????????????????

MATCHA FLAVOUR:
BAHAN-BAHANNYA:-

250 grams Salted @ Unsalted Butter, dilembutkan
220 grams Tepung Gandum
60 grams Tepung Jagung
2-3 suduteh Serbuk Matcha Green Tea
100-110 grams Gula Icing
2 sudu teh Vanilla Extract

Nota: Boleh lebihkan matcha powder jika suka tapi jangan terlalu banyak nanti pahit. Manis bergantung pada jenis serbuk matcha yg digunakan kerana ada yg biasa dan ada yg lebih pahit. Danish guna 100grams Gula Icing untuk perisa ini.

CHOCOLATE FLAVOUR:
BAHAN-BAHANNYA:-

250 grams Salted @ Unsalted Butter, dilembutkan
180 grams Tepung Gandum
60 grams Tepung Jagung
30 grams Dark Cocoa Powder
100-110 grams Gula Icing
2 sudu teh Vanilla Extract

Nota: Danish guna DARK COCOA POWDER dan guna 110grams Gula Icing.

MINI CHOC CHIP BUTTER COOKIES & PLAIN BUTTER COOKIES:

BAHAN-BAHANNYA:-

250 grams Salted @ Unsalted Butter, dilembutkan (Tips: Guna Butter berkualiti untuk hasil Butter Cookies lebih sedap)
220 grams Tepung Gandum
60 grams Tepung Jagung
80 grams Gula Icing
2 sudu teh Vanilla Extract
1/4 cawan Mini Chocolate Chips (skip jika mahu buat yg plain)

Nota: Untuk Mini Choc Chip Butter Cookies, jangan guna choc chips saiz biasa atau sedang, nanti susah utk di pipe. Guna dark mini choc chips atau semi sweet untuk elak manis berlebihan.

TIPS PENYEDIAAN:-

Pastikan butter, gula, vanilla di mix cukup rata saja, tak perlu kembang. Ini untuk mengelakkan cookies kembang. Selepas masukkan bahan kering, kaup balik rata, jangan overmix.

Untuk elak doh jadi keras atau susah di pipe, jangan dedahkan, terus masukkannya dalam piping bag, pipe kan kedalam baking tray.

Danish guna Nozzle Open Star (1M) untuk pipe yg perisa mini choc chips supaya senang keluar. Boleh guna apa saja Nozzle utk perisa lain².

TIPS: Boleh juga dipipe tanpa nozzle jika tiada atau sudukan saja adunan atas baking tray.

Bakar cookies dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 18-20 minit (bergantung pada suhu oven masing²). Biarkan cookies sejuk sedikit sebelum dialihkan keatas cooling rack hingga sejuk sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara dgn suhu bilik.

#BiskutRayaByDanishHarraz
#DanishsRedKitchen

???? ????????? ????? ??????? #??????????????????

BAHAN-BAHANNYA:-

200 grams Unsalted Butter, lembut
90 grams Gula Putih (Manis cookies juga bergantung pada jenis chocolate kita guna)
2 biji Telur gred A
1 suduteh Vanilla extract
250 grams Tepung Gandum
140 grams Milo
¾ suduteh Baking Soda
¼ suduteh Garam Halus
2 cawan metrik Chocolate Chunk
(Boleh juga guna Baking Chocolate cincang @ Choc Chips. Boleh guna Dark Choc atau Milk Chocolate untuk lebih rasa Milky )
Boleh tambah Kekacang jika suka.

TIPS

Bahan boleh ikut budget masing². Sukat bahan dengan tepat dan betul untuk elak cookies keras jika bahan kering berlebihan. Guna saiz telur yg tepat. Jangan overmix adunan nanti cookies akan mengembang berlebihan.

Bakar cookies selama 14-16 minit dalam oven yg telah dipanaskan dahulu. Jika mahu crispy, lebihkan lagi masa bakar tapi jangan over bake. Ini bergantung pada saiz cookies & suhu oven masing-masing ya.

Danish guna 2 jenis chocolate, Dark Callebaut Chocolate Chunk & Beryl Gourmet Premium Dark Chocolate Chunk, jadi cookies memang kurang manis untuk Danish. Boleh guna apa saja chocolate. Dark chocolate, semi sweet, milk chocolate (untuk lebih rasa Milky) atau dicampur². SEDAP!

Milo Cookies ini bukan cookies yg totally crunchy, teksturnya rangup + sedikit soft didalam. If mahu cookies lebih rangup, lebihkan sedikit masa bakar tapi jangan overbake, nanti keras. Guna scoop @ boleh juga drop kan guna sudu. Danish guna scoop saiz 3cm. Scoop boleh dibeli dikedai bahan baking atau Shopee/Lazada.

DISCLAIMER:- Jika mahu ubah/tukar bahan, itu terpulang pada diri sendiri. Danish tak boleh beri jawapan pada soalan bahan yang Danish sendiri tak cuba kerana resepi Danish adalah mengikut apa yang Danish buat.

Redvelvet balls recipe :

1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
2 biji telur gred A
1/4 cup minyak jagung
2/3 cup cawnag gula castor
Garam
Esen vanilla 1 tsp
Pewarna merah

BAKE SELAMA 35-40 minute 170 suhu

BAKED POTATO BASKET

so yummy and so healthy gais!

-kentang yang di rebus
-1 cawan fresh milk
-2 sudu butter
-blackpaper
-sedikit perasa
-daun bawang
-daging kisar
-sosej
-mozzarella cheese

180 celcius
15 minit

selamat mencuba?

RESEPI DAGING REBUS AIR ASAM BERTAMBAH NASI

Daging yang telah direbus dan dipotong.

Bahan-bahan blender :

Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang kita nak
Air asam
Sedikit belacan
Garam
Gula

– Bahan bahan diatas diblend tapi jangan sampai hancur lebur sangat ye. Kasar-kasar gitu.

Bahan-bahan potong :

Tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar

– Yang ni cuma potong potong je dan masukkan dalam bahan blender tadi. Masukkan daging yang dah direbus tadi

Selamat makan 2-3 pinggan

Resepi mudah kocina

BahanA
*1 peket tepung pulut (boleh guna apa saja jenama)
*2 sd makan tepung gandum
*1 sd kecil garam
*Pewarna merah
*Air

BahanB
*Kacang tanah/kacang merah ( dijadikan inti)
*Minyak masak
*Daun pisang

Cara-cara
*Satukan bahan A sehingga menjadi doh yg lembut.(Air tu agak2 saja ikut kuantiti tepung)
*Bulat2kan (mengikut saiz yg kita suka) kmudian intikan
*Sapukan sedikit mnyak pada daun pisang yg telah dipotong bulat tujuannya mengelak daripada tepung pulut melekat.
*Letakkan doh tepung yg sdh diinti tadi di atas daun pisang.
*Sapukan sedikit minyak dipermukaan tepung supaya nampak berkilat.
*Susun didlm loyang pengukus.(bertindih pun takpa)
*Panaskan pengukus terlebih dahulu.
*Kukus selama 15-20 minit.

Selamat mencuba.

Kredit: Echa Sanisah Alung

Resepi Kek Marble Cheese

Bahan A

185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

*1/3 cawan susu fresh ditambah sbb adunan agak pekat ~ ( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist)

Bahan B

250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli dengan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter. Kemudian lorekkan menggunakan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong sebab kek ni agak lembab (moist).

kuih bakar kedut

☘️

resepi kuih bakar

☘️
☘️

1 cawan telur ( x kira brapa biji telur.. buh je brapa biji sampai cukup 1 cwn)
1cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
2 cawan santan ( bersama air daun pandan.. agak2 la ya kepekatan santan yg kita nak)
sdikit garam
pewarna hijau epal
sdikit emulco pandan ( utk aroma yg sdp x buh pun x pe)..
( campur semua blend… tapis)
bijan d sangai utk tabur bila kuih bakar dh masak… ( blh je buh bila kuih dah 3/4 masak supaya x tenggelam bila masak)
bakar suhu180 … 30 minit @ ikut suhu avon masing2..

Kredit

☘️

bytgkhuzanika

☘️
☘️