BUTTERCAKE KUKUS SIMPLE SEDAP!!

Bahan-bahan:
.
2 cawan tepung gandum.
.
1 cawan gula pasir.
.
4 biji telur.
.
1 cawan lebih cikit mentega cair.
.
1sudu kecil serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat.
.
3sudu besar susu pekat *boleh kurang atau lebih sukatan, ikot selera masing-masing.
.
Secubit garam.
.
mentega dan garam tiada dalam gambar.
.
Cara penyediaan.
.
1. Panaskan pengukus, masukkan secawan lebih mentega beku ke dalam pengukus dan biarkan ia cair.
.
2. Pastikan pengukus sudah mendidih.
.
3. Dalam mangkuk atau besen besar, pukul telur sebiji demi sebiji bersama gula. Pukul sampai kembang dan berbuih. Pastikan gula telah hancur.
.
4. Masukkan mentega cair perlahan-lahan. Pukul pada kelajuan tinggi. .
5. Masukkan susu pekat dan garam. .
6. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik/krim tartar/soda bikarbonat. *part ni aku aku masukkan ketiga-tiga pelembut kek, tapi aku kurangkan sedikit sukatan setiap satu. .
7. Pukul adunan dari kelajuan rendah hingga tinggi sehingga adunan menjadi likat dan sebati. .
8. Sapu mentega atau minyak masak ke dalam Loyang *supaya senang kek dikeluarkan nanti*
.
9. ** Ok part ni DON’T U EVER EVER MISS. Sebelum tuang adunan dalam loyang, korang mesti RASA ADUNAN korang. Sedap ke tak, terlebih terkurang ke tak. Time ni la korang kena ADJUST rasa mengikut selera korang, time ni laa yg buat kek korang SEDAP KE TAK. Dah puas hati, boleh pergi ke step seterusnya.
.
10. Tuang adunan ke dalam Loyang. Part ni korang boleh pilih, sama ada nak letak pewarna atau tak.
.
11. Masuk ke dalam pengukus. Ops! Part ni korang kena pastikan air masih banyak dan sudah mendidih .
.
12. Kukus selama 45-50minit dengan api sederhana. Kalau api kuat, nnti kek korang keras dan mampat, tak gebu.
.
13. Siap dan ngap!
.
Kredit nana shafrina

Speak Your Mind

*