BAHAN-BAHAN
70 ml air sejuk
30 ml susu cair
1 sk garam
40 gm gula
2 biji kuning telur
2 sb susu pekat
200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
40 gm marjerin
5 gm yis
Campur semua bahan ke dalam bread maker.. Uli sampai doh licin dan lembut
Keluarkan doh dari bread maker dan bulatkan.. Letak dalam bekas dan tutup menggunakan plastik
Biarkan doh kembang 2 x ganda.. Bila dah cukup kembang perlahan-lahan tekan angin doh
Kemudian timbang doh seberat 40 gm dan rehatkan doh selama 10 minit
Selepas itu bulatkan doh dan gelek memanjang.. Potong menggunakan pisau plastik dan pintal kemas
Letak atas baking paper dan biarkan kembang sekali lagi.. Goreng api sederhana sehingga masak.. Akhir sekali gaul bersama gula kastor atau enak mkn begitu sahaja.
Speak Your Mind