MAKARONI BAKAR.

BAHAN-BAHAN 

?
?

MAKARONI

?
?
?
?
?

Makaroni 1 plastik atau 200g
150 g daging/ ayam cincang atau 3 keping daging burger dihancurkan
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tin sos spageti ( ciksue guna kimball) ( optional )
1/2 cawan tomato puri ( ciksue guna kimbal)
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram
2 biji cili kering ( rendam dengan air panas dan tumbuk hingga hancur)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak masak
sedikit gula dan garam secukup masa
sedikit daun sup
capcicum ( hijau, merah, kuning) dipotong dadu kecil ( ciksue tambah )
Italian herba ( 0ptional, tak guna pun tak ape.. kalau ade lagi best sebab bau ala-ala piza @ italian food gituuu,, heheh)

SOS PUTIH

1 Cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah/ italian herba
1 sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesalade
sedikit garam dan gula

Hiasan : Capcicum, mozarella cheese, cheesalade

CARA-CARA.

Mula-mula kita kena goreng makaroni ni dulu macam makaroni gorenng yer

1. Rebus makaroni di dalam periuk dengan menggunakan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat selama 10-15 minit dan tos kan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga naik bau . Kemudian masukkan cili kering yang ditumbuk

3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang @ daging buger dan kicau sehingga airnya kering.

4. Masukkan puri tomato, sos spageti dan gaul sehingga sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula secukupnya. Msukkan sedikit daun bawang supaya naik bau. Kacau sehingga pekat dan masukkan sedikit italian heba.

5. Seterusnya masukkan makaroni yang sudah di tos ke dalam kuah tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tutup api dan biarkan seketika.

CARA MEMBUAT SOS PUTIH

1. Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan sekeping scheesedale.

2. Kacau hingga cair , baru lah dimasukkan susu segar.

3. Masak sehingga susu mendidih, dan masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah

4. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.

CARA MEMBAKAR MAKARONI

1.  Sediakan bekas tahan panas atau bekas aluminium.

2. Masukkan sedikit makaroni yang siap di goreng di lapisan bawah.. selepas letak sekeping cheesedale ke atas nya. Then lapiskan dengan sos putih dan sedikit mozarella cheese ( Ciksue letak  cheese banyak sebab lagi sedap,hehe)

3. Masukkan sedikit lagi makaroni di atas nya, dan letak cebisan-cebisan cheesedale dan tabur  mozarella cheese.

4. Letak capcicum sebagai hiasan dan sedikit italian herbal bagi membangkitkan bau nye

5. Bakar  selam 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.

Siap.. sedia untuk di makan…

Speak Your Mind

*