PAI BUAH –BUAHAN BERSAMA BIJIRIN OAT (Majalah rasa)

BAHAN-BAHAN:

Bahan Isian:

1 biji epal hijau | dadu
6 biji strawberi | dadu
100gm buah blueberi segar – dadu
2 sudu makan gula

Bahan Toping:

150gm kepingan oat
100gm mentega
50gm tepung gandum
135gm gula perang
Sedikit serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK:

Dalam satu mangkuk, campurkan semua buah yang telah dipotong dadu.

Campurkan bersama gula dan digaul rata.

Masukkan buah tadi ke dalam mangkuk cosserole kecil.

Untuk toping pula, gaul semua bahan hingga rata dan latakkan di atas buah tadi.

Tutup keseluruhan permukaan dan bakar pai pada suhu 180C selama 30 minit.

Speak Your Mind

*