PASTA PENNE FRITTATA

Bahan:

6  bj telur
3  sudu besar heavy cream – jika boleh guna susu penuh krim/susu kotak

1  cwn keju parmesan – lagi bagus guna mozarella
3  cwn pasta penne yang dah dimasak dan disejukkan
3  sudu teh thyme segar – cincang 
2  sudu besar daun parsely – saya x letak
3  sudu teh oregano – cincang ( tambahan extra )
2  tangkai rosemary – cincang (tambahan extra)

1/2  biji bell pepper – cincang (tambahan extra)
1  bj lemon – sagat kulitnya saja

1/2 sudu teh garam halus

1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
1/2 sudu teh serbuk lada sulah – kepada yang suka 
2 sudu besar minyak zaitun – untuk menggoreng

Cara:

Dalam mangkuk, satukan telur dan susu cair kacau sehingga sebati sahaja.

Masukkan pasta penne dan semua bahan kecuali minyak zaitun.

.

Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuangkan campuran pasta tadi dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan.

Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan frittata ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.

Taburkan dengan sedikit thyme segar dan boleh dimakan panas atau sejuk.

Speak Your Mind

*