PECAL JAWA

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang):

150 gm kacang tanah- sangai, buang kulit dan kisar separa halus (kasar dan halus)

10 tangkai cili kering- kerat, basuh dan toskan.

5 tangkai cili padi akar (resepi mat dan Abbot 10-15 tangkai… K.An tak tahan pedas melampau, 5 tangkai pun dah berasap…)

7 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci belacan -dibakar

2 inci isi cekur- (k,An tak letak sebab tak ada stok)

1 1/2 sudu besar udang kering- rendam 10 minit, toskan dan sangrai

1/2 sudu teh pati asam jawa Adabi + dengan 1/2 cawan air

1 sudu teh garam

5 sudu besar gula

1/2 cawan air

Bahan lain:

1 bungkus tempe- hiris nipis, gaul garam dan kunyit (campur sedikit air)- goreng

2 keping tauhu- goreng- hiris kecil

tauge- buang ekor dan dicelur sebentar

3 urat kacang panjang, celur dan kerat 1 inci

1 ikat kangkung – celur

1/2 biji sengkuang- kupas, hiris panjang-panjang

timun -hiris panjang-panjang

jantung pisang, celur

pucuk ubi- celur

*** celur dalam periuk berisi air dan 1 sudu besar minyak masak. Sayur nampak cantik dan jantung pisang tak lebam

cara membuat kuah:

1. Goreng cili kering dan cili padi dalam 1/2 cawan minyak masak ,2-3 minit. Angkat dan toskan. Goreng juga bawang merah dan bawang putih hingga bahagian luarnya layu. Angkat dan toskan.

2. Goreng tempe dan tauhu menggunakan kuali yang sama.

3. Masukkan cili kering, cili padi, air asam jawa, ubi cekur, belacan dan udang kering ke dalam pengisar. Kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk. Licinkan baki bahan kisar dalam pengisar dengan 1/2 cawan air lagi. Masukkan ke dalam mangkuk.

4. Campurkan kacang tanah, garam dan gula. Kacau sebati.