Bahan brownies

120g dark Choc Compound (beryls)

170g salted butter

350g gula castor

4 biji telur A

1 sk cuka makan

2 sb pewarna merah (bright red)

1 sk esen vanila

190g tepung gandum

1 1/2 sk baking powder
Cara

Cairkan choc & butter (double boil)

Ayak tepung gandum & baking powder

Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati & masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.

Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1sb untuk melorek atas brownies.

Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak.

Tuang adunan brownies & bancuh adunan cheese.
Bahan cheese (doublekan untuk buat cupcake)

250g cream cheese

50g gula castor

2@3 sb air perahan lemon

1 biji telur A
Cara

Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut & tidak berketul.

Masukkan telur putar sebati.

Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu.

Akhir sekali adunan brownies 1sb yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick.

Bakar rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali oven sendiri)
PS : Untuk ukuran cupcake saiz S. 1 sb adunan brownies 1/2 sb adunan cheese. Bakar 20-30minit.
kredit :
Norazieanti Ghazali
