Resepi Cheesekut

Bahan-bahan:
* 2 bungkus Cream Cheese
* 1 kotak Cheedar Cheese
* 1/2 tin Susu manis
* 2 biskut Biscuit Saltcheese
* Fresh milk
Cara-cara:
1. Campurkan Cream cheese dengan susu manis mengikut cita rasa anda kemudian pukul sampai sebati atau putih.
2. Tuangkan sikit fresh milk dalam bekas kemudian celupkan biskut saltcheese tu – celup ya bukan rendam
3. Lapiskan acuan dengan plastik untuk mudah keluarkan kek dari acuan. Susun biskut saltcheese yang sudah dicelup dalam fresh milk sebagai lapisan pertama.
4. Selang-selikan dengan cream cheese yang telah dipukul tadi untuk lapisan ke-2. Sapu rata…
5. Lapiskan sampai cream chesee habis. Lapisan atas sekali, tabur dengan cheddar cheese yang diparut.
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen) semalaman untuk keraskan adunan.

Kredit: Ruth David