Bahan Kek :
150g tepung superfine
120g gula castor
5biji telur gred A
1sdt baking powder
1sdb ovallete
90ml susu cair
90ml minyak jagung
1sdt esen vanila
Sedikit paste pandan
Pewarna hijau
Cara2
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Masukkan tepung, gula, ovallete dan telur ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan kembang dan putih. Jangan overbeat nanti kek tak cantik.
3. Masukkan susu cair, esen vanila, paste pandan dan pewarna hijau… Pukul rata.
4. Kemudian masukkan minyak.. kaup balik dengan spatula jer.
5. Panaskan oven dulu ye.
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang 8/9 inci. Lapik loyang dengan baking paper.
6.Bakar suhu 150°c (oven saya) selama 50 min.
7.Dah masak.. keluarkan dari oven.. terus terbalikkan kek atas redai. Biarkan 5 min.. baru angkat loyang. Dan tebalikkan semula kek ikut asal. Biarkan sejuk.
Resepi Kastard Pandan
Bahan2
200 ml santan kara
800 ml air
200ml susu cair
100g tepung kastard
115g gula castor
1sdt garam
10g agar2 serbuk
Paste pandan
Pewarna hijau
1.Satukan semua bahan ke dalam periuk. Tepung tu ayak dulu ye. Kacau dengan api yang perlahan.. jangan kecik sangat pulak.. jenuh sampai pekat….
Sebelum masak kastard tu potong kek siap2 nak berapa lapis.. terpulang…. sediakan loyang juga… loyang yang buat kek tadi.. basuh siap2.
Cara melapis:
1.Renjis sikit loyang tu dengan air.. jangan guna air paip ye… Guna air masak ke, air cuckoo ke ok… Kalu kek potong 2 jer…
2.Bahagi kastard tu pada 3 bahagian. Agak2 jer. Mula 2 cedok kastard masuk dalam loyang…. ratakan…
3.Ambil sekeping kek.. letak atasnya.. kemudian Cedok lagi kastard boh atas kek…. Ratakan..terutama bahagian tepi..pastikan kastard masuk betul bahagian tepi loyang… Hentak sikit loyang tu.. supaya kastard rata.
4.Kemudian…amik lapisan kek yang kedua..letak atas kastard tu dan tutup balik dengan kastard yang akhir… ratakan… hentak loyang lagi….
5. Sejukkan dalam peti sekurang kurangnya 4 jam.
Cara nak keluarkan kek :
Kalau nampak kastard melekat kuat kat tepi loyang… lalukan sikit tepinya dengan hujung pisau… Tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang.. sikit jer masukkan hujung pisau.
Selamat mencuba
Speak Your Mind