RESEPI KUIH KERIA

BAHAN-BAHAN
1) Bahan-bahan untuk kuih :
1 kg keledek putih
1 cawan tepung gandum (anggaran, tambah kalau kurang)
1 sudu teh garam halus
2 sudu minyak masak (guna waktu nak bentuk keria)
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
2) Bahan-bahan untuk sira :
1 1/2 senduk gula pasir
1 senduk besar air
CARA-CARA :
1) Kuih Keria
– Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
Rebus dengan air secukup dengan garam hingga empuk.
– Setelah empuk angkat toskan air. Terus lecek keledek hingga lumat dalam keadaan keledek masih panas.
– Biarkan suam-suam kuku baru letakkan tepung sedikit demi sedikit. Agak-agak kuih dapat dibentuk jadi gegelang kecil dan tak terlalu seroi.

❗

Tips penting waktu bentuk gegelang kuih keria. Gunakan minyak supaya bentuk gegelang jadi cantik dan kuih tidak keras. Elakkan guna tepung waktu nak bentuk sebab nanti keria kita akan jadi keras.
– Goreng kuih keria di dalam minyak yang sederhana panas hingga kuning keemasan.
– Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk seketika sebelum disira dengan gula.
2) Sira Gula
– Masak gula pasir dan air dengan api sederhana hingga berbuih.
– Setelah berbuih, perlahankan api dan masukkan kuih keria tadi. Kacau rata sehingga gula melekat pada seluruh kuih.
– Tutup api setelah gula tersalut pada kesemua kuih keria.
– Hidangkan kuih keria dan sedia dinikmati.

Kredit : Noor Baini Bakar

Speak Your Mind

*