
Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya

Kentang Putar
3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu full krim

Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.

Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.

Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.

Sos Gravy
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2ยน/ยฒ cawan air
1 ketul kuib pati daging Knorr
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang

Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.

Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata

Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.
Selamat Mencuba

Kredit: Nazri Ahmad
