RESEPI SMILEY POTATO

Bahan-bahan:
.
5 biji ubi kentang
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar ‘breadcrumb’
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam (pilihan)
Minyak untuk menggoreng
.
Kaedah:
.
1. Buang kulit kentang dan direbus hingga empuk. Toskan.
2. Kentang dilenyekkan sehingga hancur kemudian dimasukkan tepung jagung, breadcrumb, garam dan serbuk lada hitam. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
3. Canaikan doh tadi dan tekapkan bulat-bulat menggunakan acuan yang sesuai
4. Guna straw untuk bentuk matanya dan guna sudu untuk bentuk senyumannya.
5. Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng sehingga smiley potato ini garing.
6. Tos sebelum dihidangkan.
7. Siap!
.
Kredit: resepi.my

Speak Your Mind

*