Resepi:
1 ekor ikan siakap dilumur dengan garam halia bawang putih yg ditumbuk. Kemudian campur sedikit tepung jagung goreng dlm minyak yg banyak sesuai saiz ikan.
Bahan utk kuahnya
1inci halia
7 ulas bawang putih
Tumbuk pecah2
1biji bawang holland
Nenas 5 keping
Timun 1biji sedang
Karet 1/2 biji
1biji tomato
Semua diatas potong kuib
1sudu perencah tomyan
2pokok daun ketumbar
1sudu tepung jagung utk pekatkan kuah
Sos tiram, cili sos, sos ikan secukupnya.
5 biji cili padi ketuk
Daun salad saya tadi tak ada.
Cara membuat:
Kuali goreng ikan tadi simpan minyak yang banyak tu tinggal 1 senduk kecil panas dan tumiskan bawang putih biar naik bau masuk halia dan akar batang pokok ketumbar simpan sikit daun utk hias. Masukkan bawang holland dan pes tom yam kacau rata biar sekejap masuk air kuah sebanyak mana yang kita nak. Masuk kesemua sos perisakan dengan garam gula serbuk perasa. Bila dah mendidih masukkan karet nenas dan timun tomato serta cili padi ketuk. Rasalah biar secukup rasa last masuk air tepung jagung. Biar mendidih sekejap tutup api. Saya masuk kan ikan sekejap dalam kuali ada orang terus curahkan atas ikan. Ikut citarasa masing2 hiaskan dengan daun ketumbar tomato dan timun kalau ada daun salad lagi sedap. Tadaa dah siap semoga bermanfaat.
#Siakap3Rasa…
Posted on January 3, 2022 · Leave a Comment
Speak Your Mind