Apam Susu Pink Dato Vida

Telur 4 biji*
Gula 1 Cawan*
Susu Manis 1 Sudu Besar*
Ovalett 1 Sudu Besar*
Essence Vanila 1 Sudu Kecik*
Tepung Gandum 1 Cawan Setengah

Oh ya lupa nak bagitau kalau tak suka manis sangat gula dan susu tu boleh kurangkan sikit. Bukan apa kau tu dah manis dah tambah pulak makan manis-manis nanti bersemut jawabnya.
Blend semua bahan hak bertanda * tu dalam blender dalam 1-2 minit atau sampai dia jadi kaler putih. Lepas tuh masuk dalam bekas dan masuk kan tepung gandum. Masa ni kita kaup-kaup je dia bagi bergaul mesra dan sekata ya. Tak mau kacau dengan blender dah, kalau tak dia jadi bantat.
Pastu buh la nak buh kaler apa. Dah lepas tuh masuk loyang yang di lapik baking paper.

Kukus 20 hingga 30 minit lepastuh siap.

Apam Susu is doneeee gituuuu!

Kredit Resepi : nana robil

Speak Your Mind

*