BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

1)Jagung
2)Air
3)Santan (kakwani guna santan segar 500ml)
4)Nisan 3 keping
5)Sedikit garam
6)3 sb susu pekat

Cara-cara:

First step buang kulit jagung, basuh, & hiris macam ni. Hiris agak2 jangan tebal sangat jangan halus sangat.

Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk & air tinggi dari paras jagung.

Ambil lebih kurang 2 senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.

Lepas tu tuang dalam periuk tadi.

Dan rebuslah semua nya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.

Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit.

Masukkan juga 3 subu besar susu pekat. Kacau sedikit.

Untuk sagu, rebus air sampai gelegak lepastu baru masukkan sagu. Air lebih sikit takpe senang sagu nak kembang. Kacau sikit2 jangan kerap sangat.

Ni tanda sagu dah masak elok. Biji putih dia hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi.

Tapis dan lalukan dengan air paip macam ni.

Sejatkan. Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan.