MENU : AYAM PENYET

AYAM
– Rebus ayam dengan bahan2 berikut. Resipi ni untuk 5 ketul peha ayam .

Bahan2
– 1 inci Kunyit
– 2 inci Lengkuas
– 4 batang Serai

Blend bahan2 di atas [thermomix : 10 saat / sp 8]

Rebuskan ayam dengan bahan2 yang dah blend. Campur kiub ayam atau homemade chicken stock. Masukkan juga 3 helai daun salam/bay leaf. Masukkan 2 tsp garam

**ayam yang saya ada agak besar, jadi saya rebus di dalam periuk selama lebih kurang 20 minit.

Keluarkan ayam dengan serdak2 blend tadi dan tapis. Ketepikan air rebusan ayam

3) Adunan salutan untuk ayam, tempe dan tauhu, dan juga untuk membuat kremes ( yang krispy krap krup tu)

Bahan2
– 8 sudu besar Tepung Ubi
– 2 sudu besar Tepung Bestari
– 3 sudu besar Tepung Beras
– 2 sudu besar Tepung Gandum
– 1 1/2 sudu kecil garam
– 3 cawan air rebusan ayam (tunggu suam dulu jangan terlalu panas ya)

Campurkan semua bahan2 di atas sehingga tepung semua sebati. Adunan memang cair ya.

Celupkan ayam yang dah direbus ke dalam adunan sebelum goreng.
Goreng tak perlu lama sangat sebab ayam dah masak. Nak garingkan luar ayam sahaja.

Celupkan tauhu dan tempe ke dalam adunan sebelum digoreng

Baki adunan tadi dituang sesenduk secara perlahan ke dalam minyak. Tarik sikit macam buat teh tarik (maaf lupa sangat nak ambil video step ni) Jangan banyak sangat.. sesenduk dah cukup sebab nak bagi dia macam jaring2 crispy.

4 ) SAMBAL
– 120 gm Cili Merah
– 120 gm Cili Api
– 100 gm Bawang Putih
– 100 gm Bawang Kecil
– 1 inci Belacan
– 1 biji Tomato
– sedikit asam jawa, garam,
– gula secukup rasa (optional. saya tak letak)
– 150 gm minyak untuk tumis

Tumis dahulu bahan2 di atas. Potong kasar je tak perlu blend lagi

[Thermomix : cili besar patah 2 sahaja. yang lain boleh masukkan ke dalam mixing bowl tanpa potong. 12 min / 120 c / sp 1]

Toskan bahan tumisan dan blend kasar.

[Thermomix: tak perlu keluarkan bahan. blend 4 saat / sp 4]

Tumis semula bahan2 yang telah di blend tadi ke dalam kuali berisi minyak yang digunakan untuk tumis yang kali pertama tadi

[Thermomix : scrape tepi bowl dengan spatula. 10 min / 120 c / sp 1]

Masukkan Garam, Gula ( optional ) dan sedikit air asam jawa
Masak sehingga nampak sedikit garing

[Thermomix : 3 min / 120c / sp 1]

5 ) KICAP CILI

Cili api ( ikut kepedasan yang anda nak)
Bawang putih 3-4 ulas

Blend

campur dengan kicap manis

6 ) SUP

Masukkan sup bunjut ke dalam lebihan air rebusan ayam. Masukkan garam secukupnya
Banyak benda nak buat tapi sedap dia berbaloi2. 

?
?
?

Credit : Norazlin Anuar

Speak Your Mind

*