???? ????????? ????? ??????? #??????????????????

BAHAN-BAHANNYA:-

200 grams Unsalted Butter, lembut
90 grams Gula Putih (Manis cookies juga bergantung pada jenis chocolate kita guna)
2 biji Telur gred A
1 suduteh Vanilla extract
250 grams Tepung Gandum
140 grams Milo
¾ suduteh Baking Soda
¼ suduteh Garam Halus
2 cawan metrik Chocolate Chunk
(Boleh juga guna Baking Chocolate cincang @ Choc Chips. Boleh guna Dark Choc atau Milk Chocolate untuk lebih rasa Milky )
Boleh tambah Kekacang jika suka.

TIPS

Bahan boleh ikut budget masing². Sukat bahan dengan tepat dan betul untuk elak cookies keras jika bahan kering berlebihan. Guna saiz telur yg tepat. Jangan overmix adunan nanti cookies akan mengembang berlebihan.

Bakar cookies selama 14-16 minit dalam oven yg telah dipanaskan dahulu. Jika mahu crispy, lebihkan lagi masa bakar tapi jangan over bake. Ini bergantung pada saiz cookies & suhu oven masing-masing ya.

Danish guna 2 jenis chocolate, Dark Callebaut Chocolate Chunk & Beryl Gourmet Premium Dark Chocolate Chunk, jadi cookies memang kurang manis untuk Danish. Boleh guna apa saja chocolate. Dark chocolate, semi sweet, milk chocolate (untuk lebih rasa Milky) atau dicampur². SEDAP!

Milo Cookies ini bukan cookies yg totally crunchy, teksturnya rangup + sedikit soft didalam. If mahu cookies lebih rangup, lebihkan sedikit masa bakar tapi jangan overbake, nanti keras. Guna scoop @ boleh juga drop kan guna sudu. Danish guna scoop saiz 3cm. Scoop boleh dibeli dikedai bahan baking atau Shopee/Lazada.

DISCLAIMER:- Jika mahu ubah/tukar bahan, itu terpulang pada diri sendiri. Danish tak boleh beri jawapan pada soalan bahan yang Danish sendiri tak cuba kerana resepi Danish adalah mengikut apa yang Danish buat.