Apakah jangkaan untuk harga emas tahun 2022?

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ.

Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed)

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal.

Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak.

Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022?

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik.

Gais, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

Namun untuk penyimpan / pelabur emas rakyat marhein, saya nak bagi tips untuk anda.

1. Kesabaran – ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.

2. Konsisten – beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.

3. Pengurusan wang yang mantap – sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

Sebagai contoh. Jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas.

3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas

?

(credits: Syukor Hashim)

Speak Your Mind

*