AYAM BAKAR MAYONIS

Ayam bakar mayonis cara sy.

1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan A

1 biji bawang merah besar

4 ulas bawang putih

?? Saya tumbuk halus

?? Boleh kalau anda nak letak halia, serai.

Bahan B (agak² la ye, secukupnya)

Sos cili (2 sudu besar)

Sos tomato (2 sudu besar)

Sos tiram (2 sudu besar)

Madu

Cili flakes

Mayonis (1/2 ekor ayam, sy letak 3 sb mayo)

Garam (agak² ye sbb dah ade sos tiram)

Minyak bijan (blh ganti minyak masak)

?? Sediakan bekas, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Kemudian perap ayam sekurangnya 30min. Semalaman pun elok.

?? Saya bakar dalam oven suhu 200 atas bawah selama 20min, kemudian turunkan suhu 180 bakar sehingga masak. Sy terbalikkan ayam tu supaya api atas boleh bakar kedua belah sisi ayam tu.

Nota : oven sy besar, suhu oven sy mungkin x sama dgn oven anda. Pastikan anda kenal suhu oven anda supaya ayam x rentung.

Speak Your Mind

*