Bila kita simpan emas atau bercadang nak mulakan simpanan, kita tentu tertanya-tanya.

Nak simpan emas sampai bila?

Jadi, saya nak berikan tips.

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3-6 bulan perbelanjaan.

2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah dan haji.

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan.

5. Kita simpan emas secara konsisten sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah dan tanah.

6. Kita simpan emas hingga berjaya selesaikan hutang kereta.

Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan emas secara konsisten.

Dah fahamkan? Boleh simpan emas hari ini.

Speak Your Mind

*