Dessert 3 rasa.

nampak simple tapi rasa mmg nyaman…Masin Masam Lemak bersatu dengan setiap suapan

?
?
?

  Soft dessert Inspirasi dari Thailand
Resepi yang sangat mudah nak buat…

⭐
⭐
⭐
⭐
⭐

 Star untuk ben

?
?
?

#Resepi
#Soft_Dessert

Lapisan bawah/sebelah:

85 gram tepung beras
600 ml air
1 sudu teh air kapur
100 gram gula merah hancur
60 gram gula putih
1 sudu teh essen pandan jika mahu

#1: Kacau tepung sebati dengan gula merah,gula putih dulu baru masukkan semua bahan. Tapis masuk dalam periuk.

Buka api sederhana.Kacau je hingga mulai memekat dan kecilkan api. Kacau hingga ianya likat dan berkilat.Angkat dan terus masukkan dalam bekas kecil. Ketepikan

Lapisan atas :

250 ml susu cair
50 ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh lemon flavour
1 sudu makan tepung beras

Masukkan semua bahan dalam periuk,kacau dan buka api sederhana hingga adunan mula memekat.Tutup api.

Masukkan ke dalam bekas tadi tabur bijan sangai secukupnya. Sejukkan dalam peti 2 jam baru sedap makan.