Kenyataan harga emas akan naik tak dinafikan akan betul-betul jadi, cuma persoalannya, kita tak tahu bila.

Seperti juga ramalan hujan, ia sebagai peringatan untuk kita bawa payung.
Kalau tak jadi hujan pun, boleh guna payung untuk berteduh kan?

Penyimpan emas yang ada asas ilmu emas tak kalut dengan kenyataan tersebut.
Dia tak kalut nak menjual.
Dia tak kalut nak borong.
Apa yang dia kalut adalah target bulanan dah capai atau belum.

Dia tahu bajet dia berapa.
“Simpan emas jangan lemas”

Dia tahu matlamat simpan emas, bukan sekadar ikut trend.
“Simpan emas sebelum cemas”

Dia tahu kalau simpan emas harapkan emas akan naik, dia akan kecewa dalam masa terdekat.
Dia tahu kalau tunggu harga turun, dia akan kecewa kemungkinan tak turun.

Penyimpan emas yang ada asas ilmu emas tahu apa fungsi emas.
Di waktu kita senang, emas adalah insuran kekayaan (harta).
Di waktu kita susah, emas adalah penyelamat kita (duit).

Semoga bermanfaat

Speak Your Mind

*