Bahan-bahan:
(menghasilkan 20 biji ketuk ubi)
-450gm ubi kayu- potong 2 inci panjang, kupas kulit,
dan rebus hingga empuk (belah dua jika ubi tebal dan besar)
– 1 1/2 cawan kelapa parut putih
– 1/2 cawan gula pasir
– 1 sudu teh garam
Cara membuatnya:
1. Toskan ubi kayu yang telah direbus tadi. Buang uratnya dan lecek halus. Ketepikan.
2. Campurkan kelapa parut dengan garam dan gula. gaul rata. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan ubi yang telah dilecek dan gaul dengan campuran kelapa hingga sebati.
3.Gunakan tangan untuk mengepal campuran ubi menjadi bulat sebesar bola ping-pong.
Buat hingga habis. Ketepikan dulu atau simpan dalam peti ais.
Bahan tepung untuk menggoreng:
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam
bancuh tepung dengan air secukupnya. Adunan agak pekat sedikit daripada adunan ketayap.
Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan bebola ubi ke dalam bancuhan tepung.
Goreng seperti pisang goreng hingga keperangan.
bebola ubi boleh tahan lama jika disimpan di tempat beku dan keluarkan bila hendak digoreng.
Speak Your Mind