BAHAN SAGU
1 cwn sagu
3 cwn air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau
CARANYA
~masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
~keluarkan pandan
~masukkan sagu
~kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
~tuang sagu ke dalam bekas kecil
~ kukus selama 15min sehingga sagu jernih
~sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
dengan menambah sukatan air
opah x nk lembik sgt jd opah kukus..
BAHAN KANJI SOM~SOM
1/2 cwn tepung beras
4 cwn santan
garam secukup rasa
CARANYA
~satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
~masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
~tuang adunan ke atas sagu
~sejukkan
BAHAN AIR GULA
1 1/2 cwn air
4 keping gula kerek/melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cwn gula pasir
2 helai pandan disimpul
CARANYA
~satukan semua bahan
~masak api sederhana hingga mendidih
~tapis dan sejukkan
~siap
**********

Utk versi tembikai, sagu tu saya bahagi 2 sbg isi tembikai, masak berasingan dgn air. Satu bhgn sy campur dgn sirap + d.pandan. Satu bhgn lg sy campur dgn kordial jagung + pewarna kuning

Kanjinya sy bahagi 2 jgk sbg kulit tembikai. Satu bhgn campur pwarna hijau, satu bhgn lg dibiarkan putih.

Utk biji tembikai, sy rendam 1 sudu teh selasih dgn air panas hgga kembang.

Mula2 tuang adunan kanji hijau dl ke dlm acuan. Sy sejukkan dlm peti ais sekejap hgga keras sikit. Kemudian tuang kanji putih di atasnya. Biarkan agak keras dlm peti ais.

Sudukan sagu di atas lapisan kanji td & ratakan. Last skali, tabur selasih. Sejukkan di dlm peti ais hgga set #noralfatihah
Kredit Resepi : nor al fatihah
