“Saya dah 6 tahun simpan duit tapi tak pernah bertambah.”
Sekarang adalah masanya untuk tukarkan kaedah menyimpan, buat simpanan dalam bentuk emas pula sekarang.
Ini saya buat sejak 5 tahun lepas. Mula tukar cara dan hasilnya jauh berbeza.
Sebab seronok ada duit ni sebenarnya pada membelanjakannya. Manakala seronok ada emas ni pada mengumpulnya.
Bagi yang nak simpan RM 300 sebulan, sepatutnya lepas 12 bulan dia ada RM 3,600. Cuma yang selalu berlaku adalah sebaliknya, bulan kedua pun tak ada RM 600.
Dari pengalaman saya, bagi yang simpan emas 1gram 1bulan setiap kali gaji masuk. Dia bukan sahaja ada 12gram, bahkan lebih selepas setahun.
Sebab tu kalau dah cuba banyak kali simpan duit tapi tak berjaya, sudah masanya tukarkan cara menyimpan tu.
Cuba simpan emas pula.
Kalau masih juga tak berubah dan buat perkara yang sama, hasilnya pun pun sama nanti.
Saya berubah 5 tahun dulu demi kebaikan diri dan keluarga.
SAMPAI BILA NAK BERLARI DI TEMPAT YANG SAMA
Posted on January 30, 2022 · Leave a Comment
Speak Your Mind